Abstracts

Please Submit Your Abstract Here
Name:
Mr.
Ms.
Madam.
Dr.
Assoc. Prof.
Prof.
Email Address:
Department/Institution
University
Malaysian
International
Telephone/Mobile Number
Title
Abstract
Keyword




ABSTRACT COLLECTIONS



1
INSTITUSI WAKAF DI JOHOR DAN SINGAPURA: KAJIAN PERBANDINGAN

Mas Nooraini Mohiddin
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Negara Brunei Darussalam

Sejarah telah membuktikan bahawa institusi wakaf berperanan besar dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti keagamaan, pendidikan, perubatan dan aktiviti sosio ekonomi. Namun, apa yang terjadi pada masa kini, institusi wakaf telah di ketepikan dan menjadi kurang popular di negeri-negeri Islam. Institusi wakaf kini tidak lagi berfungsi dengan baiknya disebabkan pelbagai masalah seperti penyelewengan dalam pentadbiran, undang-undang wakaf dan kesedaran mengenai dikalangan masyarakat Islam. Johor dan Singapura merupakan model terbaik dalam kejayaan membangunkan institusi wakaf. Metodologi yang digunakan bagi penulisan kertas kerja ini ialah melalui data primer iaitu melalui temubual dan pengedaran soal selidik dan juga data sekunder melalui rujukan perpustakaan, laman sesawang, kertas kerja seminar, artikel dan sebagainya. Kertas kerja ini akan membincangkan perbandingan dari sudut undang-undang wakaf, persepsi dan pentadbiran  yang dilaksanakan oleh dua buah negeri yang berbeza persekitarannya dan juga melihat sejauhmana ianya memberi kesan terhadap pelaksanaan wakaf. Perbincangan ini diakhiri dengan mengemukakan pelbagai cadangan untuk meningkatkan pembangunan wakaf agar kejayaan dulu dapat dicapai bagi kemaslahatan ummah seluruhnya.
Kata kunci : wakaf, undang-undang, persepsi, pengurusan, Johor dan Singapura.



2
JENAYAH SARIQAH DALAM KANUN KESEKSAAN PENGGAL 22 DAN PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013: KAJIAN PERBANDINGAN SATU ANALISIS

Zurairatul Zakiah DSS Rajid
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Tel: +673 8844736
zurairah@unissa.edu.bn

Laporan kes jenayah di Brunei Darussalam acapkali menggambarkan pertambahan jumlah dan peratusan mereka yang terlibat dengan kegiatan kes curi sungguhpun pelbagai usaha pembanterasan daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan sudah dilaksanakan. Antaranya melalui penguatkuasaan akta kesalahan jenayah curi, diikuti dengan penggubalan serta pemindaan akta tersebut sejajar dengan perkembangan terkini dalam permasalahan curi. Di sebalik kejayaan penangkapan beberapa kes jenayah curi, isu jenayah curi tetap saja terus meruncing hingga menimbulkan kebimbangan di benak masyarakat tentang kemampuan dan peranan undang-undang dalam menangani jenayah curi. Tidak cukup itu, kredibiliti pihak berwajib dalam mengatasi kes-kes curi di Brunei Darussalam turut dipertikai. Kegusaran ini mengundang keperluan untuk melihat kembali undang-undang yang sudah lama sedia ada di bawah Kanun Keseksaan Brunei di samping undang-undang – Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 - yang baru diwartakan dalam menangani permasalahan ini selain cuba mengemukakan persoalan sama ada undang-undang tersebut mencukupi atau adakah jalan dan cara baru yang boleh diketengahkan dalam mencari jalan penyelesaian yang hakiki terhadap jenayah ini. Pada waktu yang sama, kajian ini juga akan membuat penganalisaan ke atas kedua-dua undang-undang tersebut bagi menilai kesejajaran dan kesesuaian peruntukan-peruntukan tersebut dengan undang-undang jenayah Islam di samping cuba mengkaji penerimaan dan persepsi masyarakat Brunei terhadap undang-undang ini. Kajian yang menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan ini diharap dapat menepati objektif kajian dan seterusnya menjadi sumber percambahan ilmu yang komprehensif dalam kesalahan curi dari aspek perundangan.

Kata kunci: Jenayah curi, PKHJS2013, Kanun Keseksaan Penggal 22, Undang-undang Jenayah Islam, Brunei.



3
ASAS-ASAS EKONOMI POLITIK ISLAM

Ade Yunita Mafruhat
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti asas-asas ekonomi politik Islam (EPI). Pengenalpastian asas-asas EPI ini didasari oleh kesedaran akan betapa pentingnya penggabungan antara bidang ekonomi Islam dan bidang politik Islam. Penggabungan ini diyakini dapat menyelesaikan persoalan pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik ummah. Persoalannya, apakah asas-asas EPI tersebut? Apakah asas-asas ini dapat melahirkan satu EPI yang holistik? Kertas kerja ini berhasrat menjawab persoalan-persoalan ini. Berdasarkan kajian kepustakaan didapati terdapat tiga asas dalam EPI. Pertama, akidah (Tauhid); kedua, syariah (ahkam); ketiga, akhlak (action). Ketiga-tiga asas ini merupakan inti daripada ajaran Islam yang dapat melahirkan satu EPI yang holistik.

Kata kunci: Ekonomi Islam, Politik Islam, Ekonomi Politik Islam



4
DOGMA DALAM TASAWUR DAN EPISTEMOLOGI KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM (KPBI)

Amirah Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0132967572

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dogma dalam tasawur dan epistemologi kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPBI). Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. Bertitik tolak daripada pertembungan pemikiran sains dan dogma gereja, kegemilangan sains Barat moden telah memberi pengaruh yang kuat terhadap bidang KPBI. Setiap penyelidikan yang dilakukan mestilah berpaksikan kepada kaedah penyelidikan lazim, khususnya dalam konteks tasawur dan epistemologinya. Persoalannya, apakah pegangan dogma dalam tasawur KPBI? Apakah pula pegangan dogma dalam epistemologi KPBI? Bagaimanakah elemen dalam kedua-dua dogma tersebut memberi kesan kepada KPBI? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dua objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI; dan kedua, menganalisis pegangan dogma dalam tasawur dan epistemologi KPBI. Dapatan daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa kepada rumusan bahawa dogma dalam tasawur dan epistemologi telah memberi pengaruh dan impak yang besar terhadap kaedah penyelidikan yang berkaitan dengan Islam dan orang Islam atau dikenali sebagai KPBI. Dogma dalam tasawur KPBI perlu berasaskan kepada aqidah, ibadah, akhlak, rukun Iman dan rukun Islam. Manakala dogma dalam epistemologi KPBI perlu bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, qiyas, dan ijma’ ulama’. Dapatan berkenaan penting dalam KPBI bagi membentuk pelbagai disiplin ilmu yang berasaskan dogma Islam, dan bukannya dogma Barat. Tasawur dan epistemologi Islam inilah yang menjadi teras kepada KPBI.

Kata Kunci: Dogma, Tasawur, Epistemologi, Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam, KPBI



5
ELEMEN-ELEMEN UTAMA DALAM WACANA PENYELIDIKAN BEBAS NILAI

Mohd Syahmir Alias
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
e-mel: syahsc90@gmail.com

Hakikatnya, penyelidikan saintifik masa kini merupakan suatu hasil wacana oleh ahli-ahli falsafah sains Barat terdahulu. Perbahasan ini melibatkan tokoh-tokoh seperti Francis Bacon, David Hume, Max Weber dan Alfred Jules Ayer. Perkara yang ditimbulkan dalam wacana ini antaranya ialah konsep penyelidikan bebas nilai (value-free research). Persoalannya, apakah elemen-elemen utama dalam wacana ini? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini bertujuan menganalisis teks-teks sekunder yang berkaitan bagi mendapatkan elemen-elemen utama dalam wacana penyelidikan bebas nilai. Kaedah analisis yang digunakan pula adalah kaedah analisis kandungan dengan pendekatan deskriptif. Hasilnya, empat elemen utama yang ditemui. Pertama, epistemologi sains; kedua, skeptisisme; ketiga, permalahan metafizik; dan keempat, perbezaan is dan ought. Kesemua elemen inilah yang memperkuatkan keperluan kepada konsep bebas nilai dalam penyelidikan saintifik menurut perspektif Barat.

Kata kunci: elemen, epistemologi sains, skeptisisme, penyelidikan, bebas nilai



6
KHAIRUDDIN BARBAROSSA PEJUANG ISLAM ATAU LANUN: SUATU PENELITIAN AWAL

Ahmad Sobrie Ab Rahman
Email Address: 
sobrierahman@gmail.com
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: 0179457506

Pada abad ke-16M, Laut Mediterranean digelar sebagai tasik dawlah Uthmāniyyah kerana penguasaan armada laut dawlah Uthmāniyyah yang dipimpin oleh Khairuddin Barbarossa. Beliau cukup terkenal dalam dunia pelayaran dan merupakan pelayar yang sangat digeruni orang-orang Eropah pada era tersebut. Hal ini menyebabkan sesetengah sarjana Barat cenderung menggambarkan Khairuddin Barbarossa sebagai salah seorang tokoh lanun yang paling digeruni sepanjang zaman. Lantaran itu timbulnya persoalan adakah beliau seorang lanun sedangkan ahli sejarah Islam mengangkat beliau sebagai pejuang Islam. Kertas kerja ini bertujuan meneliti latar belakang Khairuddin Barbarossa. Penelitian mengenai latar belakang Khairuddin Barbarossa ini mencakupi aspek sebelum beliau menceburi bidang ketenteraan dan selepas menyertai angkatan tentera laut dawlah Uthmāniyyah. Kedua, peranan yang telah dimainkan oleh Khairuddin Barbarossa. Ketiga, sumbangan Khairuddin Barbarossa yang telah menyerahkan seluruh jiwa raganya demi Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian ini mendapati Khairuddin Barbarossa sememangnya seorang pejuang Islam yang telah berjaya menyelamatkan berpuluh-puluh ribu umat Islam di Andalus yang terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan akidah lantaran kejatuhan kerajaan Islam terakhir di sana. Khairuddin Barbarossa juga telah berjaya menerajui armada laut Uthmāniyyah dan berjaya meraih beberapa kemenangan besar yang menggegar seluruh Eropah.

Kata Kunci: Khairuddin Barbarossa, Dawlah Uthmaniyyah, Laut Mediterranean, Pejuang



7
PEMBANGUNAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN HULU LANGAT, SELANGOR OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

Nur Atikah Nazarudin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Emel: atikahnazarudin@gmail.com
Tel: 012-2397326

Pengagihan dan pengutipan zakat di LZS semakin meningkat dari tahun ke tahun. Khususnya di Hulu Langat Selangor, sebahagian besar daripada hasil kutipan zakat ini diagihkan oleh LZS kepada asnaf dan golongan yang layak bagi membangunkan dan meringankan beban mereka yang memerlukan dari segi kewangan. Maka LZS telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sebagai salah satu usaha dalam memastikan golongan ini terutamanya asnaf fakir dan miskin, untuk keluar daripada masalah ini. Walau bagaimanapan, penyertaan yang sedikit dari asnaf dalam program-program ini telah membantutkan usaha LZS dalam memudahkan asnaf berdikari menangani masalah kewangan. Justeru itu, program yang sesuai perlu dilaksanakan bagi memastikan asnaf ini keluar daripada kemiskinan disamping melayakkan mereka berdikari untuk secara beransur keluar daripada kemiskinan. Sejajar dengan itu, kajian ini diperlukan dengan tujuan mengenal pasti jenis-jenis program pembangunan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang sesuai dengan golongan fakir dan miskin di Hulu Langat, dan menganalisis kekangan LZS dalam melaksanakan program pembangunan bagi asnaf fakir dan miskin. Temu bual mendalam dijalankan terhadap dua orang pegawai yang pernah terlibat dalam program pengagihan zakat dan tiga orang golongan asnaf fakir dan miskin Selangor. Kajian mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga program pembangunan yang sesuai dengan asnaf, iaitu berkaitan pendidikan, ekonomi, dan rohani. Dari hasil program pembangunan ini, didapati golongan asnaf mempunyai kekangan dalam melibatkan diri dalam program pembangunan yang dilaksanakan LZS. Kesimpulannya, di atas desakan hidup asnaf tidak mempunyai kemudahan untuk menyertai program pembangunan yang dilaksanakan oleh LZS, asnaf juga kurang berminat untuk menyertai program pembangunan yang dilaksanakan oleh LZS. Oleh itu, dicadangkan bagi asnaf digalakkan menyertai program pembangunan LZS, setiap asnaf diberi pendedahan dan kefahaman akan kepentingan melibatkan diri dalam program pembangunan LZS.

Kata kunci: pembangunan LZS, asnaf fakir dan miskin, LZS, zakat



8
INDIKATOR JENAYAH DALAM INDEKS PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (PBI): ANALISIS BERDASARKAN KITAB FIQH ISLAMI WA ADILLATUH

Noorhusna Badri
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Pelbagai jenis indeks telah dicipta untuk mengukur sesuatu pembangunan. Dalam indeks tersebut, terkandung pelbagai jenis komponen dan indikator yang digunakan sebagai petunjuk atau petanda dalam mengukur sesuatu pembangunan. Misalnya, Crime Index yang digunakan oleh Federal Bureau of Investigation (FBI) menghimpunkan statistik jenayah yang berlaku di Amerika Syarikat. Manakala di Malaysia telah diwujudkan Indeks Keselamatan Awam yang mengandungi dua komponen iaitu kadar jenayah dan kadar kemalangan jalan raya. Dalam setiap komponen tersebut, terkandung pula indikator-indikator seperti jenayah harta benda dan jenayah kekerasan dalam komponen kadar jenayah. Maka, Indeks PBI yang mengandungi komponen jenayah memerlukan kepada indikator-indikator jenayah untuk melengkapkannya. Justeru, apakah jenis jenayah yang sesuai untuk dijadikan sebagai indikator dalam Indeks PBI? Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti apakah jenis jenayah yang terdapat dalam kitab Fiqh Islami Wa Adillatuh. Seterusnya, kertas kerja ini menganalisis kesesuaian jenis jenayah tersebut untuk dijadikan sebagai komponen indikator jenayah. Penelitian terhadap elemen-elemen jenayah dilaksanakan menggunakan sumber-sumber kepustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga jenis jenayah dalam kitab Fiqh Islami Wa Adillatuh yang sesuai dijadikan sebagai komponen indikator jenayah dalam Indeks PBI.

Kata Kunci: Indikator jenayah, Pembangunan Berteraskan Islam, Fiqh Islami Wa Adillatuh



9
KONSEP PENGURUSAN KEPADATAN MANUSIA BERTERASKAN ISLAM

Musmuliadi Kamaruding
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Kajian-kajian sedia ada yang berkaitan dengan konsep pengurusan kepadatan manusia semuanya berasaskan konsep pengurusan lazim. Masih belum ada lagi kajian yang menjurus kepada konsep pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam. Jika diteliti, ada kepadatan manusia yang mempunyai unsur-unsur Islam. Misalnya, kepadatan manusia yang berlaku pada musim haji. Adalah tidak munasabah jika kepadatan manusia pada musim haji diurus dengan cara yang lazim. Kertas kerja ini bertujuan meneliti konsep pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam. Terdapat tiga aspek yang akan diteliti melalui kaedah perpustakaan dan analisis kandungan. Pertama, maksud pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam; kedua, tasawur pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam; dan ketiga, matlamat akhir pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam. Hasilnya, kertas kerja ini menyimpulkan bahawa konsep pengurusan kepadatan manusia berteraskan Islam menggambarkan sebuah pengurusan yang berasaskan tasawur Islam iaitu melalui pendekatan tauhid dengan bersumberkan al-Qur’an dan sunnah termasuk ijmak dan qiyas sebagai sokongan di samping menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat akhir untuk dicapai.

Kata Kunci: Pengurusan Kepadatan Manusia, Tasawur Islam, Keredaan Allah



10
SHARIAH SCREENING METHODOLOGY IN THE ISLAMIC CAPITAL MARKET: AN INTRODUCTION

Taha Mohd Omar
Centre for Islamic Development Managament Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

This paper intends to give a brief introduction on the Shariah screening methodology applied in the Islamic capital market that was introduced by the Securities Commission of Malaysia. This paper has two objectives; firstly to explain the role of the Shariah screening methodology and secondly to uncover questionable benchmarks in the Shariah screening methodology. In order to achieve the two objectives, library research was carried out. Library research is pursued to attain secondary data that are related to the Shariah screening methodology and the Securities Commission of Malaysia. This research has produced the awareness on some errors contained in the current Shariah screening methodology. Henceforth, further researches needs to be carried out to attain justifications of the current benchmarks in the Shariah screening methodology. Subsequently, even though the current Shariah screening methodology practiced today is based on Shariah teachings, but there are still rooms for improvement.



11
Perancang Pembangunan: Suatu Kajian dari Perspektif Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam

Kasyful Mahalli
mahallikasyful@gmail.com
Fakultas Ekonomi dan Bisnis , Unversitas Sumatera Utara
Telp: +6281264524148

Peranan perancang pembangunan sangat penting dalam menyusun rancangan pembangunan terutama untuk menghasilkan pembangunan berteraskan Islam. Pembangunan berteraskan Islam perlu dirancang oleh perancang berteraskan Islam untuk memastikan bahawa rancangan pembangunan yang dihasilkan adalah pembangunan berteraskan Islam yang tulen. Masalahnya adalah bagaimana peranan perancang pembangunan ini dikaji dari perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam? Kertas kerja ini berhasrat untuk mengkaji peranan perancang pembangunan daripada teori perancangan konvensional dan kemudian menganalisisnya dari perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam. Dengan menggunakan kajian pustaka seperlunya, kertas kerja ini akan diakhiri dengan membina kriteria yang diperlukan seorang perancang pembangunan dari perspektif Islam.

Kata-Kata Kunci: Perancang pembangunan, corak perancangan dan pembangunan berteraskan Islam


12
THE CHARACTERISTIC OF ISLAMIC-BASED DEVELOPMENT ACTOR IN ISLAMIC SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDEX

Raudha Md Ramli 
Email Address: 
ar.raudhah88@gmail.com
Center For Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel:
+60132881468

The definition of sustainable development has evolved over these decades. Sustainable development should be carried out in a way that brings betterment to the current generation without depriving the future generations. Sustainable development also represents a commitment to advance human well-being, with the added constraint that this development needs to take place within the ecological limits of the biosphere. There are numerous development indicator to measure and determined whether a country is developed, developing or underdeveloped. The existing various measurements in development index might be the most comprehensive indicator to capture the human development concept, necessitating an adequate measure of human development. However, the measurement is not fully compatible and sufficient for measuring human development in Islamic-based worldview. In view of the insufficiency of the existing development index proposed, this study attempts to identify the characteristics of development actors for sustainable development indices. How the development actors can be measured in sustainable development and how does the development actor have implication for sustainable development according to Islamic worldview. This study intends to identify in depth about the characteristic of Islamic-based development actors for sustainable development with the concept and approach of vertical and horizontal relationship with Allah SWT (hablum-minaAllah and hablum-minannas). Thus, the characteristics of development actor might be varying in term of philosophy and function between current thought and Islamic-based worldview.

Keyword Sustainable development, Islamic-based development actor, Hablum Min Allah, and Hablum Min Annas.



13
THE EVOLUTION OF ISLAMIC CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTIONS

Ekarat Sitisan
PhD. Candidate, Centre of Islamic Development Management Studies (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia

The concepts of individual social responsibility in Islam are perfectly mentioned several times in the Holy Qur’an and the Hadith. All Muslim have to obey absolutely this command of Allah (swt) without any question. In addition, many Islamic scholars and Islamic researchers also use those manners to be applied in the terms of a corporate social responsibility. It is because they considered a corporation as a person who has to follow the order of Allah (swt) as well. Moreover, the corporation has more power than a person can do. However, there is still a gap which has to be researched in Islamic corporate social responsibility. This paper attempts to trace the evolution of Islamic corporate social responsibility and find the gap of Islamic corporate social responsibility especially in Islamic financial institutions. This paper tried to provide useful data for developing Islamic CSR system and practicing Islamic CSR in Islamic financial institutions. The data was collected from books, journals, annual report of Islamic banks, and conference proceedings. The data was analyzed by using content analysis. The result was shown that there is no Islamic CSR research on its guidelines for practice in Islamic financial institutions nowadays. Most of the researches are on the theoretical part such as Islamic CSR framework, Islamic CSR principles, and its criteria.

Keywords: Corporate social responsibility, Islamic corporate social responsibility, Islamic financial institution, Islamic bank, Evolution



14
PEMBINAAN STRATEGI POLITIK ISLAM BERASASKAN AMALAN POLITIK KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Nur Atirah Mohamad Razif
Email Address: 
alsyahidah_91@yahoo.com.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0174596517

Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal sebagai pengamal politik berasaskan Islam. Amalan politik ini antaranya melibatkan strategi politik Islam. Strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah Umar Abdul Aziz dilihat berjaya berbanding dengan amalan politik sebelum dan selepas Baginda. Oleh itu, timbul persoalan bolehkah strategi politik Islam yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz diamalkan pada masa sekarang? Daripada persoalan ini, kertas kerja ini berhasrat untuk menganalisis pembinaan strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah Umar Abdul Aziz. Untuk mencapai hasrat itu, kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Kemudian, data-data ini dianalisis berdasarkan analisis kandungan. Hasilnya, terdapat pembinaan strategi politik Islam berasaskan amalan politik Khalifah Umar Abdul Aziz yang sesuai dilaksanakan pada masa sekarang. Pelaksanaan ini merangkumi tiga perkara. Pertama, strategi mentauhidkan Allah dalam amalan politik Islam; kedua, strategi pengagihan semula kekayaan dengan adil berasaskan al-Qur’an dan Hadith; dan ketiga, strategi perlindungan sosial kepada masyarakat.

Keyword Strategi Politik Islam, Amalan Politik, Khalifah Umar Abdul Aziz



15
FALSAFAH DAN ANDAIAN PEMBANGUNAN LAZIM SERTA PENGARUHNYA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Mohd Hafifi Hafidz Abu Bakar
Email Address: 
hafifi2687@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 017-4219047

Kelestarian merupakan satu topik yang sering diperkatakan terutama sekali dalam perbincangan mengenai kesan aktiviti pembangunan yang dijalankan. Isu-isu mengenai kerosakan alam sekitar akibat perkembangan aktiviti pembangunan manusia telah menjadikan topik kelestarian terutama sekali kelestarian alam sekitar semakin hangat diperkatakan. Kelestarian ini dibentuk falsafah dan andaian pembangunan lazim yang berasal daripada pemikir-pemikir konvensional atau lazim. Persoalannya, apakah falsafah dan andaian pembangunan lazim yang membentuk kelestarian? Apakah pengaruh falasafah dan andaian pembangunan ini terhadap kelestarian alam sekitar? Untuk menjawab persoalan ini, kertas kerja ini ditulis untuk mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti falsafah dan andaian lazim dalam kelestarian. Kedua, menganalisis pengaruh falsafah dan andaian pembangunan lazim tersebut terhadap kelestarian alam sekitar. Hal ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai falsafah dan andaian pembangunan yang menbentuk dan mempengaruhi kelestarian alam sekitar. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan penelitian kandungan untuk mendapat gambaran yang lebih mendalam mengenai falasfah dan andaian lazim. Kajian ini mendapati bahawa pengaruh falsafah dan andaian pembangunan lazim dalam kelestarian tidak mengambil kira unsur keagamaan dan hanya berpandukan kepada logik akal semata-mata.

Kata Kunci: Falsafah, Kelestarian, Pembangunan lazim



16
THE PARTICIPATION OF RELIGIOUS LEADERS TO THE REDUCTION IN THE ISLAMIC FREE SEX AMONG TEENAGERS

Siti Hajar
Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara – Indonesia
Tel: 0812 8696 6639

Social problems that occur in social life associated with promiscuity, such as drugs, free sex, which resulted in abortion and marriage at a young age. Promiscuity is one of the causes of social problems among youth. The occurrence of sexual promiscuity, particularly among teenagers smoking affected by the process of globalization which brings positive and negative effects on the behavior of people, especially teenagers. One of the negative impacts of the globalization process is the proliferation of pornography through the media of porno that developed within the community so that the cause of free sex among teenagers. Free sex teen is the responsibility of all parties, especially the family and religious leaders. Then, it approaches in accordance with the teachings of Islam, the Islamic youth to create a net of free association and create a generation of creativity Islam. The method used descriptive qualitative approach that focuses solving existing problems, especially problems that are the actual data collected through then compiled, analyzed descriptively explained so as to provide an overview of the complex social reality of the participation of religious leaders to prevent sex in Islam among young people, and impose a way to say, motivate and educate youth to be clean of teenage promiscuity and become an Islamic generation.

Keywords: participation of religious leaders, free sex, teen islami



17
PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH WANITA ISLAM OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN NISA’ KELANTAN: SATU ANALISIS

Na’imah Mohamed Najib
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
No. Tel: 013-5017546

Pelbagai program bagi tujuan pembangunan insaniah golongan wanita berasaskan slogan “Membangun Bersama Islam” telah dilaksanakan di negeri Kelantan. Program tersebut khususnya telah dijalankan melalui Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat yang digerakkan oleh majoriti golongan wanita muda Islam. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri menghadapi cabaran apabila terdapat program kurang mendapat sambutan akibat kekhuatiran masyarakat terhadap pengaruh politik sekiranya terlibat dengan program anjuran kerajaan negeri. Fenomena ini mencetuskan lompang yang dapat diisi oleh badan bukan kerajaan wanita muda Islam di Kelantan yang berdaftar, dikenali sebagai Nisa’ Kelantan. Sehingga kini, Nisa’ Kelantan berperanan secara aktif dalam menjalankan program-program pembangunan insaniah untuk golongan wanita khususnya wanita Islam di Kelantan. Persoalan yang timbul daripada kajian ini ialah, apakah elemen pembangunan insaniah wanita yang ditekankan dalam program yang dilaksanakan sehingga kini sehingga mampu membangunkan wanita Islam di Kelantan selari dengan kehendak Islam? Atas sebab ini, kertas kerja ini bertujuan menganalisis program-program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Nisa’ Kelantan dalam membangunkan insaniah wanita di Kelantan. Bagi memenuhi tujuan ini, pendekatan yang telah diambil oleh Nisa’ Kelantan dalam program yang dilaksanakan diteliti. Program tersebut seterusnya dinilai bagi mencari elemen pembangunan insaniah wanita yang telah berjaya dilaksanakan. Kajian ini menggunakan kaedah temubual separa berstruktur kepada 5 orang wakil ahli jawatankuasa Nisa’ Kelantan sepanjang penubuhan Nisa’ Kelantan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Nisa’ Kelantan didapati telah melaksanakan program pembangunan insaniah wanita selari dengan kehendak Islam menerusi penekanan program terhadap elemen pembangunan sahsiah diri, pembangunan emosi, mental, rohani dan jasmani yang seimbang, serta program kebajikan terhadap wanita dan masyarakat di Kelantan.

Kata kunci: Wanita Islam, Nisa’ Kelantan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insaniah.



18
IMPLIKASI KEPEMIMPINAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TERHADAP EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA

Noor Husna Mohd Shafie
Email: 
shafiehusna@gmail.com
Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV)
University Sains Malaysia
Tel: 0134670644

Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, berlaku perkembangan ekonomi Islam di Malaysia. Hal ini meletakkan negara Malaysia setapak ke hadapan berbanding negara-negara Islam di Asia Tenggara. Walaupun begitu, perkembangan ekonomi tersebut bercampur aduk antara perkembangan pembangunan ekonomi konvensional dengan perkembangan pembangunan ekonomi Islam. Persoalannya, apakah kriteria ekonomi Islam yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad? Apakah cabaran pelaksanaan ekonomi Islam di Malaysia apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak dikaitkan dengan isu-isu konvensional? Kertas kerja ini ditulis untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dengan meneliti dan menganalisis implikasi kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap ekonomi Islam di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan, hasilnya didapati bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri telah berperanan dalam membangunkan ekonomi Islam di Malaysia. Bagi memperkukuhkan lagi dasar pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam negara, Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha mendekati negara Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat dan pengalaman daripada mereka dalam pelaksanaan dasar sistem ekonomi berlandaskan syariah. Selain itu, walaupun adanya pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam institusi-institusi Islam di Malaysia, kedudukan golongan bukan Islam dalam negara tidak terjejas sama sekali.

Kata kunci: kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, perkembangan ekonomi Islam di Malaysia



19
TREND KAJIAN SISTEM PEMERINGKATAN UNIVERSITI DUNIA:  SATU TINJAUAN

Athirah Abu Bakar
Email: 
athirahabubakar@ymail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0132838570

Kertas kerja ini berhasrat untuk mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti sistem pemeringkatan universiti dunia (PUD) yang diguna pakai dalam sistem pendidikan tinggi pada masa kini. Kedua, menganalisis trend kajian-kajian terdahulu tentang sistem PUD yang telah dilakukan oleh para penyelidik sebelum ini. Analisis ini penting untuk dilakukan memandangkan pada masa kini sistem pendidikan tinggi di seluruh dunia menggunakan sistem PUD untuk menilai kredibiliti dan tahap kecemerlangan sesebuah universiti. Universiti yang mendapat kedudukan teratas dalam sistem PUD dianggap lebih baik kualitinya berbanding universiti lain. Akibatnya, institusi pendidikan tinggi sentiasa menerima tekanan untuk menggubah dan memperbaiki hasil keluaran sehingga mewujudkan persaingan dalam kalangan universiti. Persoalannya, apakah sistem PUD yang selalu digunakan untuk mengukur prestij sesebuah universiti? Apakah pula kajian-kajian mengenai sistem PUD yang telah dilakukan sebelum ini? Bagi menjawab persoalan ini, kajian-kajian terdahulu disorot dan diteliti dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil penelitian merumuskan bahawa terdapat tujuh kelompok utama kajian mengenai sistem PUD iaitu implikasi sistem PUD, indikator sistem PUD, pembinaan sistem PUD baharu, peranan sistem PUD, keputusan laporan sistem PUD, penggunaan kaedah tertentu untuk meningkatkan metodologi sistem PUD dan kajian-kajian lain yang berkaitan dengan sistem PUD.

Kata Kunci: Sistem pemeringkatan universiti dunia, pendidikan tinggi, university



20
ANALISIS KAEDAH PENGURUSAN REMAJA PEREMPUAN ISLAM DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA (PPW), JOHOR

Nursyuhada Md. Anuar
Email: 
nursyuhada.anuar@gmail.com
Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195424517

Statistik anak tidak sah taraf di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2010 mencatatkan kaum Melayu beragama Islam antara penyumbang yang tertinggi berbanding kaum lain. Anak tidak sah taraf kebiasaannya berpunca daripada gadis hamil luar nikah. Situasi ini mengakibatkan kes-kes seperti pembuangan bayi, pengabaian kanak-kanak, keruntuhan institusi keluarga dan masalah kesihatan dari segi fizikal mahupun psikologi semakin berleluasa. Perkara ini memberikan impak negatif dan menjejaskan pembangunan sosial negara. Atas sebab ini, pusat perlindungan dan pemulihan khususnya bagi membantu remaja mahupun wanita yang terlibat dengan isu hamil luar nikah serta masalah sosial mula ditubuhkan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia. Namun begitu, hanya terdapat beberapa sahaja pusat perlindungan dan pemulihan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang benar-benar aktif dalam membantu memulih dan membimbing remaja yang terlibat secara berterusan. Antaranya, Pusat Perlindungan Wanita (PPW) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). PPW ini menguruskan, membimbing dan memantau para remaja yang mendaftar secara konsisten bermula dari pendaftaran masuk sehingga pendaftaran keluar dari PPW. Persoalannya, apakah aspek yang diambil kira dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW dan bagaimanakah aspek dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW dilaksanakan? Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti aspek yang diambil kira dan dilaksanakan dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor. Bagi memenuhi matlamat ini, penelitian melalui temu bual mendalam serta kajian kepustakaan dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh dianalisis melalui analisis kandungan. Hasil penelitian mendapati terdapat tiga aspek yang digunakan iaitu kerohanian, jasmani dan kemahiran. Walau bagaimanapun, aspek kerohanian lebih dititik beratkan dan diberi tumpuan utama dalam pengurusan remaja perempuan Islam di PPW.

Kata Kunci: Kaedah pengurusan remaja perempuan Islam, Pusat Perlindungan Wanita (PPW), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), aspek kerohanian



21
THEORY OF GIVING FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE

Foyasal Khan
Email Address: 
foyasal.khan@gmail.com
Department/Institution Economics
International Islamic University Malaysia
Tel:
+60182475440

For last few decades, a large number of economists and social scientists have been trying to connect non-economic factors i.e., culture, religion etc. with economics. In every religion, ‘giving’ (in terms of charity in cash and in kind) has been given utmost importance. Among religions, Islam has focused more extensively on it. Islam has different categories of ‘giving’. Western literature has also focused on religious giving and religious attendance. In most cases, they have tried to link these variables with income and observed that among the high income group, religious giving is preferred over religious attendance (Iannaccone, 1997; Rosborough, 2009 & 2010). Opposite happens among low income group. Of course, there is a relationship between high income and religious giving, however, variables like religious giving and religious attendance doesn’t totally depend on income in Islam. Basically, in Islam, both religious giving and religious attendance depends on the level of Taqwa (Allah fearing). So there is positive relationship between the level of Taqwa and religious giving and religious attendance. This Islamic proposition has yet shown through model development using microeconomic framework. In this backdrop, the author aims to come up with a mathematical microeconomic model on ‘Theory of Giving from an Islamic Perspective’.

Keyword religious giving; religious attendance; Taqwa (Allah fearing); microeconomic model



22
UNDERSTANDING ISLAMIC HOSPITALITY

Azreen Hamiza Abdul Aziz
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
Tel: +6012-4602143 Fax: 04-6532124

Being part of the service sector has spread hospitality management to every part of the world. Hospitality management gain its popularity since the service sector has become one of the main sectors that contributes greatly to the economy. Looking back from the historical perspective, hospitality industry is one of the oldest industries in the world. The development of hospitality and tourism has attracted and encourage travellers to explore the world more. Nowadays, Muslim and non-Muslim travellers opt for Islamic hospitality in order to fulfill their need when travelling. The demand for Islamic hospitality is gaining extensive recognition synchronises with the introduction of Islamic finance and Islamic tourism. Understanding Islamic hospitality is a need since the concept of Islamic hospitality management has yet to be developed. This paper aims to explore the niche segment of Islamic hospitality with the objectives to explore and to provide understanding on Islamic hospitality. Library research is used as the methodology to obtain different types of theories and concepts with content analysis in answering its objectives. The outcome exposes that Islamic hospitality has been carry out in the Islamic practices long time ago that is in line with the need of developing Islamic hospitality management that based on Islamic philosophical underpinning.

Keywords: Service management, Islamic service management, Islamic Hospitality, Islamic hospitality management



23
ANDAIAN KETIDAK-TERHADAN KEHENDAK MANUSIA (KTKM) DALAM EKONOMI ISLAM: ANALISIS BERDASARKAN TASAWUR ISLAM

Mohd Zulkifli Muhammad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
E-mel: zulrider@yahoo.com

Andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM) berasal daripada falsafah ekonomi lazim. Falsafah ekonomi lazim terbit daripada teori-teori yang lahir daripada falsafah Pasca-Klasikal yang melahirkan sistem kapitalis dan teori-teori daripada falsafah Marxis dan Pasca-Marxis yang melahirkan sistem sosialis dan komunis. Kedua-dua falsafah kapitalis dan Marxis percaya terhadap andaian bahawa kehendak manusia tidak terhad. Andaian KTKM diambil oleh ahli ekonomi Islam lalu diolah dan diasimilisasi dengan elemen-elemen Islam agar ianya boleh dipanggil andaian dalam ekonomi Islam. Persoalannya, benarkah kehendak manusia tidak terbatas? Sesuaikah andaian KTKM ini diterima dalam ekonomi Islam? Sekiranya tidak sesuai, apakah andaian kehendak manusia yang sesuai menurut tasawur Islam? Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti pandangan sarjana ekonomi Islam arus perdana berkenaan andaian KTKM. Kedua, menganalisis andaian KTKM berlandaskan tasawur Islam. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis kandungan, tekstual dan perisian ATLAS.ti digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa andaian KTKM tidak sesuai digunakan dalam ekonomi Islam kerana menyalahi tasawur Islam. Berdasarkan analisis ini juga, andaian KTKM yang selari dengan tasawur Islam dicadangkan untuk ekonomi Islam.

Kata Kunci: andaian ketidak-terhadan kehendak manusia (KTKM); tasawur Islam



24
ANALISIS DARURIYYAT AL-KHAMS DALAM PRINSIP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (PBI)

Norashikin Ahmad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel:017-9257072

Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis daruriyyat al-khams dalam prinsip pembangunan berteraskan Islam (PBI). Daruriyyat al-khams adalah perkara asas yang mesti wujud untuk menjamin kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia terdiri daripada lima elemen iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Ia digunakan sebagai pengukur dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, perundangan Islam dan sebagainya. Manakala prinsip PBI pula merupakan tunjang kepada pembangunan berteraskan Islam. Prinsip PBI di sini merujuk kepada tujuh prinsip yang dibina oleh Muhammad Syukri Salleh. Setakat ini, ia hanya digunakan dalam bidang pembangunan sahaja. Persoalannya, tidak bolehkah digunakan aspek-aspek lain selain elemen daruriyyat al-khams? Benarkah prinsip PBI dibina dengan mengambil kira elemen daruriyyat al-khams? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti daruriyyat al-khams; dan kedua, menganalisis daruriyyat al-khams dalam prinsip PBI. Bagi mencapai objektif-objektif ini, kajian kualitataif ini menggunakan kaedah kepustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhir sekali, dapatan daripada analisis ini membawa rumusan bahawa terdapat aspek lain selain elemen daruriyyat al-khams yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang iaitu prinsip PBI. Hal ini kerana prinsip PBI dibina berasaskan daruriyyat al-khams.

Kata Kunci: Analisis, Daruriyyat al-Khams, Prinsip PBI



25
TAHAP PENERIMAAN SKIM AR-RAHNU OLEH USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR INTRINSIK

Salimah Yahaya
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-4174267

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Skim Ar-Rahnu. Seramai 350 responden telah dipilih secara persampelan yang terdiri daripada usahawan kecil Muslim di Negeri Kelantan. Set soal selidik mengandungi 7 item berkaitan dengan latar belakang responden serta 16 item berkenaan faktor-faktor intrinsik yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil terhadap Skim Ar-Rahnu. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhan, usahawan kecil di Kelantan memberikan penerimaan yang positif terhadap Skim Ar-Rahnu berdasarkan nilai min yang tinggi bagi setiap item.

Kata Kunci: Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), usahawan, Kelantan



26
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM TUAN GURU DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT

Nurul Syahidah Roslan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang
Tel: 0136357579

Kertas kerja ini bertujuan untuk menyorot pemikiran ekonomi Islam Nik Aziz sepanjang pentadbiran beliau sebagai menteri besar Kelantan dari tahun 1990 hingga 2013. Kajian ini dapat memberikan gambaran mengenai dasar-dasar ekonomi Nik Aziz sebagai manifestasi kejayaan seorang ulama yang memimpin tanpa memisahkan aspek pembangunan fizikal dan rohani. Jadi secara mudahnya kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Pertama ialah mengenal pasti falsafah dan pemikiran ekonomi Nik Aziz melalui dasar yang dilakukan dari aspek pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan. Kedua, menganalisis implikasi dasar yang telah diaplikasikan di Negeri Kelantan sepanjang pemerintahan Nik Aziz. Reka bentuk kajian kertas kerja ini adalah berbentuk deskriptif yang berorientasikan kajian kepustakaan dengan menggunakan data-data sekunder, temu bual dan pemerhatian ikut serta. Hasil kajian mendapati pemikiran ekonomi dan dasar yang diperkenalkan oleh Nik Aziz telah menjana pembangunan ekonomi yang lebih baik walaupun tanpa mengamalkan riba dan rasuah. Kajian ini sangat penting kerana ia membuktikan bahawa pentadbiran menggunakan sistem ekonomi Islam itu adalah lebih baik berbanding sistem ekonomi lazim.

Kata kunci: Pemikiran, Ekonomi Islam, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz



27
PEMBANGUNAN LESTARI DARI PERSPEKTIF ISLAM: ANALISIS PANDANGAN SARJANA

Ahmad Nazrul Alif Yahya
Pusat kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
nazrul_alif@ymail.com

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pembangunan lestari dari perspektif Islam. Pembangunan lestari secara umum ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan bagi generasi seterusnya. Pembangunan lestari sangat mendapat perhatian dalam disiplin pembangunan termasuk dalam kalangan negara-negara Islam. Persoalannya, apakah perspektif Islam terhadap pembangunan lestari ini? Bagi mencapai tujuan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti pandangan sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Kedua menganalisis dan merumuskan pandangan para sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Penelitian mendapati bahawa pembangunan lestari dari perspektif Islam lebih luas berbanding pembangunan lestari yang lazim. Pembangunan lestari dari perspektif Islam ini merangkumi epistemologi dan tasawur Islam yang mempunyai acuan pembangunannya yang tersendiri melibatkan aspek fizikal, akhlak dan rohani.

Kata kunci: Pembangunan lestari, perspektif Islam



28
PERANAN WANITA DALAM KETENTERAAN: ANALISIS KISAH-KISAH TERPILIH DALAM KITAB RAHIQ AL-MAKHTUM

Yusma Fariza Yasin
Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 019 97993978

Di Malaysia, penyertaan tentera wanita secara rasmi dalam tentera darat adalah bermula pada awal tahun 1964. Penyertaan ini telah menjadi titik tolak penglibatan wanita dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti tentera laut, dan udara. Sepanjang penglibatan wanita dalam perkhidmatan ini, mereka dibebani tugas-tugas berat serta memegang jawatan-jawatan tinggi dalam ketenteraan. Hal ini berbeza dengan peranan wanita yang terlibat dalam ketenteraan berdasarkan kitab sirah Rahiq al-Makhtum. Persoalannya, apakah peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kitab sirah Rahiq al-Makhtum tersebut? Adakah mereka turut berada di barisan hadapan dalam peperangan dan memegang jawatan-jawatan tinggi dalam ketenteraan?Justeru, kajian ini dilakukan bagi mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kisah-kisah terpilih berkaitan peranan wanita dalam ketenteraan dalam kitab Rahiq al-Makhtum; dan kedua, menganalisis peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih itu. Kajian penerokaan ini hanya menggunakan data sekunder. Data yang dikumpul ini seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya kajian ini mendapati peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih dalam kitab Rahiq al-Makhtum menjadi pembantu tentera dengan memberi air minuman, mengubati luka tentera, menjadi tentera simpanan dalam peperangan, menjadi pendorong perjuangan serta melindungi Rasulullah SAW. Meskipun pada zaman Rasulullah SAW wanita tidak memegang jawatan tinggi dalam ketenteraan, namun perkara ini tidak dilarang bagi wanita untuk memangku jawatan-jawatan tinggi tersebut asalkan dapat menjaga agama dan budaya.

Kata kunci: peranan, wanita, ketenteraan, kisah-kisah



29
PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI DI MALAYSIA: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Noor Adilah Aminuddin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0145067291

Islam Hadhari telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2004 sebagai salah satu pendekatan pembangunan berteraskan Islam yang mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri. Walau bagaimanapun, pada peringkat formatifnya, prinsip-prinsip Islam Hadhari ini berbeza antara institusi-institusi yang mempromosikan Islam Hadhari. Jabatan Perdana Menteri misalnya mempunyai 10 prinsip, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai enam prinsip Islam Hadhari. Kerajaan Negeri Terengganu pula mempunyai lapan prinsip, dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Prinsip-prinsip ini bertindih antara satu sama lain. Kenapakah prinsip-prinsip ini berbeza dan bertindih antara satu sama lain sedangkan mereka semuanya merupakan institusi-institusi kerajaan? Kertas kerja ini berhasrat menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dan pertindihan prinsip-prinsip Islam Hadhari empat institusi ini. Berasaskan kepada kaedah kajian kepustakaan, kertas kerja ini mendapati bahawa perbezaan prinsip yang berlaku adalah disebabkan ketiadaan dokumen rasmi mengenai Islam Hadhari. Selain itu, pada peringkat formatif ini, keselarasan dalam jawatankuasa Islam Hadhari juga tiada.

Kata Kunci: Prinsip pembangunan berteraskan Islam, prinsip-prinsip Islam Hadhari



30
KAEDAH PENENTUAN KESAHAN DATA BERDASARKAN KONSEP MUTAWATIR DALAM DISIPLIN ILMU QIRA’AT

Nur Sakiinah Ab Aziz
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti kaedah penentuan kesahan data penyelidikan lazim. Kedua, menganalisis kaedah penentuan kesahan data penyelidikan lazim berdasarkan konsep mutawatir dalam Ilmu Qira’at. Konsep mutawatir merupakan antara kaedah terpenting dalam Ilmu Qira’at bagi menentukan kesahihan sesuatu qira’at. Sesuatu qira’at yang tidak memenuhi syarat-syarat yang terdapat dalam konsep mutawatir ini tidak boleh dianggap sebagai qira’at mutawatirat. Jika syarat-syarat tersebut tidak ditepati, maka sesuatu qira’at tersebut ditolak dan tidak dikira sebagai salah satu bacaan al-Qur’an. Berdasarkan ketelitian konsep mutawatir ini, ia dilihat boleh digunakan untuk menentukan kesahan data penyelidikan. Justeru, terdapat dua persoalan yag timbul iaitu apakah kelemahan yang terdapat dalam kaedah penentu kesahan data penyelidikan lazim? Adakah sesuai konsep mutawatir menjadi salah satu kaedah penentuan kesahan data penyelidikan? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kandungan. Berdasarkan tujuan dan persoalan yang dikemukakan, dirumuskan bahawa elemen-elemen yang terdapat dalam konsep mutawatir seperti keperluan bilangan perawi dan sifat-sifat perawi membolehkan konsep mutawatir sesuai dijadikan sebagai salah satu kaedah penentuan kesahan data.

Kata kunci: kesahan data, mutawatir, qira’at, kaedah, penyelidikan berteraskan Islam



31
AMALAN PENGILANGAN ISLAM (IMP) DALAM PEMBUATAN PRODUK MAKANAN BERASASKAN MAKANAN SUNNAH

Nur Farhanim Mustaffa
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
farhanim07@gmail.com

Kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pengguna Malaysia telah meningkat baru-baru ini berikutan lambakan produk makanan tambahan di pasaran baik melalui laman sesawang mahupun di premis-premis jualan. Selain itu, wujud juga produk makanan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah seperti habbatus sauda, kismis, madu dan tamar yang dicampur dalam produk makanan tambahan. Sebagai orang Islam, makanan sunnah merupakan makanan terbaik yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW dan terbukti mempunyai banyak khasiat. Walau bagaimanapun, timbul persoalan bagaimanakah proses pembuatan produk makanan sunnah ini dijalankan? Ini kerana walaupun makanan sunnah merupakan makanan yang sudah terjamin halal, pengguna masih mempersoalkan cara pembuatan produk makanan sunnah kerana mengkhuatiri kehadiran produk yang hanya menggunakan agama sebagai taktik pemasaran. Kertas kerja ini ditulis bagi menilai konsep dan aplikasi IMP dalam proses pembuatan produk makanan sunnah yang digunakan dalam beberapa syarikat perusahaan makanan sunnah. IMP merupakan satu-satunya garis panduan pengilangan Islam yang mengambil kira konsep rohaniah Islam dalam proses pembuatan sesuatan produk. Oleh itu, kertas kerja ini menilai aplikasi amalan IMP ini dalam pembuatan makanan sunnah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian terhadap beberapa perusahaan makanan sunnah terpilih di sekitar kawasan Selangor dan dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan menjangkakan kebanyakan pengusaha syarikat makanan berasaskan makanan sunnah menggunakan proses pembuatan berdasarkan garis panduan IMP sebagai panduan utama. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pengusaha yang turut menggunakan garis panduan JAKIM dan lain-lain sebagai garis panduan kedua di samping IMP. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, cadangan yang boleh dibuat sebagai penambahbaikan adalah dengan meningkatkan kefahaman pengusaha syarikat makanan sunnah terhadap kepentingan proses pembuatan makanan sunnah agar dapat memastikan pengguna mendapat khasiat sebenar produk makanan yang diambil. Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya penipuan perniagaan yang menggunakan agama sebagai alat pelaris perniagaan disamping membantu peniaga menyampaikan hasrat memudahkan amalan pemakanan sunnah kepada pengguna.

Kata kunci: Makanan sunnah, Pengguna Islam, Makanan tambahan kesihatan, Produk makanan sunnah, Amalan Pengilangan Islam



32
REALIZING ‘KEDAH PROSPERS, BENEFITS FOR ALL’ IN KEDAH PAS-LED GOVERNMENT (2008 TO 2013): THE ECONOMIC CHALLENGES

Siti Rubiah Mohd Yusope
Email Address: 
sitirubiah@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel:
+60126225024

Amidst the long-rooted Barisan Nasional (BN) ruling in the Kedah state, the victory was in opposition’s hand in March 2008. ‘Kedah Prospers, Benefits for All’ (KPBA) slogan was introduced when the Pan Malaysian Islamic Party (PAS) led opposition coalition gained Kedah in March 2008 and ended when it lost the state to BN in May 2013. This paper attempts to describe the economic challenges that Kedah PAS-led government (2008-2013) faced in realizing KPBA. Is KPBA good for the economic wellbeing of the state? Will KPBA successfully attract more investments to Kedah and subsequently increase the income of the state? From library research and in-depth interviews that were carried out, this paper found that the economic challenges were fairly addressed through KPBA despite Kedah PAS-led government managed to rule the state only for a term.

Keyword PAS, Islam, Malaysian politics, Malaysian general election



33
PANDUAN MAQASID SYARIAH DALAM PENGURUSAN HARTA

Siti Fatimah Dato' Wira Muhamad Nor
Email Address:iema_fatimah@yahoo.com
Kuliyyah Muamalat
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Tel: 012-5353080

Kertas kerja ini membincangkan maqasid (objektif) pengurusan harta dalam Islam, strategi pengukuhan, pengembangan dan pengawalan harta bagi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat Islam khususnya.

Kata Kunci: Maqasid syariah, pengurusan harta



34
APLIKASI KAEDAH AL-ḤADTH AL-MAWḌŪ‘IY DALAM KAJIAN TASAWUR PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6532910 Faks: 04-6532124
&
Pusat Penataran Ilmu
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Tel: 09-6688776 Faks: 09-6687861
E-mail: wk_aiman@yahoo.com / wkhairulaiman@unisza.edu.my

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis kaedah al-adth al-Mawḍūiy untuk diaplikasikan dalam kajian tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI). Kaedah al-adth al-Mawḍū‘iy ini merupakan satu pendekatan tematik yang mengenal pasti, menghimpunkan dan menganalisis hadith-hadith yang berkaitan dengan sesuatu tajuk yang telah ditetapkan. Dalam kajian tasawur PBI, hadith-hadith yang berkaitan dengannya tidak disebut secara langsung, malah ia berada secara terpisah-pisah dan bertaburan dalam Kitab a al-Bukhriy. Persoalannya, apakah pendekatan yang paling relevan untuk digunakan bagi mengenal pasti dan menganalisis hadith-hadith yang berkaitan dengan tasawur PBI sebegini? Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep kaedah al-adth al-Mawḍū‘iy; dan kedua, menganalisis dan merumuskan pengaplikasian kaedah al-Ḥadīth al-Mawḍū‘iy dalam kajian tasawur PBI. Kajian kepustakaan ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Hasil kajian ini mendapati kaedah al-adth al-Mawḍū‘iy ini mempunyai dua peringkat utama. Pertama, peringkat persediaan dan pengumpulan hadith; dan kedua, peringkat analisis. Dengan kaedah dan pendekatan ini, ia dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam kajian tasawur PBI kerana dua perkara. Pertama, kaedah al-adth al-Mawḍū‘iy sesuai untuk kajian sebegini kerana hadith merupakan wahyu matluw dan sumber kedua Islam selepas al-Qur’an; dan kedua, ia berfungsi untuk mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis hadith-hadith tasawur PBI sesuai dengan keperluan semasa. 

Kata Kunci: al-adth al-Mawḍū‘iy, Pembangunan, Tasawur Pembangunan



35
ISLAMIC-BASED RELATIONSHIP MARKETING IN TAKAFUL COMPANIES:
A PILOT STUDY

Murni Yusoff
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Penang, Malaysia

Takaful (Islamic Insurance) industry provides professional services and intangible products with long-term engagement between participants and Takaful companies. Relationship marketing (RM) is pertinent to be practised in the industry as building and maintaining relationships are playing a pivotal role in Takaful business. This paper focuses on RM practices in Takaful companies in Malaysia with two objectives. The first objective is to investigate the current RM practice performed by Takaful agents in Takaful companies. The second objective is to ensure the appropriateness of Islamic-Based Relationship marketing (IBRM) conceptual framework developed for Takaful companies in Malaysia based on the identified practice. In achieving those objectives, this paper uses qualitative data through conducting interviews as a pilot study. The methodology used is Content Analysis. The findings show the RM practised is based on underlying Islamic values and IBRM developed need to be enhanced with feedback from group of experts from various backgrounds and supported with fieldwork in discovering the real practice among Takaful agents in the industry.



36
MANAGING WAQF THROUGH CORPORATIZATION STRATEGY: A CASE OF MALAYSIA

Mohamad Salleh Abdullah
Email Address:salleh3055@yahoo.com
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 012-4169006

This paper has two purposes. First, it intends to analyze the scenario of corporatization strategies in the management of awqaf in all 14 states in Malaysia. Second, from the questionnaires, it will discuss and analyze more closely the position, layout, organization chart and operating aspects of corporatization implemented. For the first objective, questionnaires will be used to collect primary data and information from all State Islamic Religious Council (SIRC). For the second objective, an in-depth interviews will be held using semi-structured questions with top management of companies that have been corporatized. Results found two key findings of the analysis. First, from the 14 states, no state have been identified implemented the waqf corporatization strategy in full. Second, three other states identified implemented only a fraction of the component corporatization strategies discussed. Third, the analysis found that the layout, organization chart and operating procedure of each corporatization in every state is different from one another.

Keyword: Waqf, Management of Waqf, Waqf Corporatization



37
KEPELBAGAIAN INSTRUMEN WAKAF UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 011-24095505

Perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pesatnya berdasarkan kepada pertambahan bilangan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pertambahan ini mendorong pelbagai pihak bekerjasama bagi merangka dasar serta strategi yang mantap agar IPT lebih berdaya saing dan kompetitif. Walaupun begitu, faktor dana merupakan salah satu kekangan yang terpaksa dihadapi oleh pihak IPT. Bagi mengatasi permasalahan ini, terdapat IPT yang mengambil inisiatif dengan melaksanakan wakaf pendidikan tinggi di institusi terbabit. Berlatar-belakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti perkembangan wakaf pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan di IPT Malaysia. Kedua, mengenal pasti kepelbagaian wakaf yang boleh dilaksanakan bagi tujuan pendidikan tinggi. Kajian ini berbentuk penerokaan dan data yang digunakan diperoleh daripada kajian perpustakaan. Justeru, dapatan kajian ini akan memperkembangkan teori berkaitan kepelbagaian instrumen wakaf yang dapat dilaksanakan untuk tujuan pendidikan tinggi Malaysia.

Kata kunci: Instrumen Wakaf, Wakaf Pendidikan Tinggi



38
PENGURUSAN INSAN DARIPADA PANDANGAN CENDEKIAWAN ISLAM KONTEMPORARI

Lenny Luat
Email Address: 
lennykristinie@yahoo.com.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0134338680

Kertas kerja ini bertujuan meneliti pengurusan insan dari pandangan cendekiawan Islam kontemporari. Terdapat banyak perbincangan para cendekiawan Islam kontemporari berkaitan pengurusan insan pada masa kini. Persoalannya, bagaimanakah pandangan cendekiawan Islam kontemporari tentang pengurusan insan pada masa kini? Apakah elemen-elemen pengurusan insan yang diberikan penekanan oleh cendekiawan Islam kontemporari masa kini? Kertas kerja ini akan menjawab persoalan yang dikemukakan tersebut. Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, kertas kerja ini menumpukan kepada analisis konseptual dengan menggunakan pengumpulan data sekunder dan kaedah analisis kandungan. Akhir sekali, kertas kerja ini diharapkan dapat mengemukakan kerangka konseptual pengurusan insan dalam pembangunan berteraskan Islam.

Kata Kunci: Pengurusan insan, Konseptual



39
PRINSIP-PRINSIP NEGARA MAJU (NM) MENURUT AYAT-AYAT TERPILIH DALAM AL-QUR’AN

Mohammad Aisamuddin Akob
Email Address:deanz_86@yahoo.com
Islamic Development Management (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-6513309

Prinsip-prinsip NM adalah berbeza mengikut perspektif Barat dengan perspektif Islam. Perbezaan tersebut berlaku kerana berbezanya tasawur dan epistemologi di antara pemikir Barat dengan pemikir Islam. Pemikir Barat berasaskan sumber selain al-Qur’an, hadith, ijmak dan qias, manakala pemikir Islam berasaskan empat sumber tersebut. Bagi mendapatkan prinsip-prinsip sebenar NM menurut Islam, untuk lebih khusus maka dalam kertas kerja ini hanya dilakukan dengan menganalisis prinsip-prinsip negara maju berasaskan ayat-ayat al-Qur’an yang terpilih. Kertas kerja ini menggunakan kajian kepustakaan bagi mendapatkan data-data sekunder. Data-data yang diperolehi tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, terdapat enam prinsip yang dihasilakn berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an terpilih. Pertama, hubungan Pencipta dengan makhluk; kedua, musyawarah; ketiga, perdamaian dan persaudaraan; keempat, ketaatan dan kepatuhan; kelima, melaksanakan setiap ibadah disyariatkan Islam; dan keenam; keadilan dan keamanan.

Kata kunci: Prinsip Negara Maju, Negara Maju Menurut Al-Qur’an



40
THE DEVELOPMENT OF HEALTHCARE WAQF AND ITS POTENTIAL IN MALAYSIA

Farhat Nazirul Mubin Bohari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Health is crucial for a country's development and vice versa. It is a two way relationship where the healthy citizen as the developer will bring the country into development and the development will help the citizen to improve their health state through the healthcare facilities. However, there are many financial restrictions that prevented citizen from receiving a good medical treatment. Waqf has been identified to have the capability to solve the matter. Hence, the objective of this paperwork is to identify the development of healthcare waqf in Malaysia and to conclude the potential of healthcare waqf in Malaysia. This paperwork is an exploratory research which uses the method of content analysis from primary data obtained from the interviews made with the experts. The findings of this paperwork show that healthcare waqf in Malaysia has a big potential as there are many elements that can be improved in the development of healthcare waqf. Also, this paperwork is able to improve the knowledge and theory of waqf application in healthcare sector in Malaysia.

Keyword: waqf development, waqf potential, healthcare waqf Malaysia



41
KELESTARIAN UNDANG-UNDANG DAN ENAKMEN WAKAF DALAM URUS TADBIR HARTA WAKAF: SATU SOROTAN

Sakinatul Raadiyah Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sais Malaysia
Tel: 0199132551

Undang-undang dan Enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam yang digubal oleh setiap negeri dengan jelas memperuntukkan bahawa hak mutlak untuk mengurus dan mentadbir harta wakaf terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Negeri-negeri. Hampir semua negeri telah menggubal Enakmen Wakaf mereka sendiri sebagai asas perundangan untuk mengurus dan mentadbir harta wakaf secara menyeluruh. Namun, kebanyakan Enakmen Wakaf yang telah digubal oleh negeri-negeri bermula sekitar tahun 90-an dan tahun 2000, kecuali beberapa buah negeri seperti Johor (1978), Pulau Pinang (1959) dan Kedah (1962) yang sudahpun mempunyai enakmennya lebih awal daripada tahun tersebut. Persoalannya, adakah undang-undang dan enakmen-enakmen yang digunakan dalam urus tadbir pentadbiran wakaf di setiap negeri mempunyai keseragaman dalam pengurusan harta wakaf? Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kandungan undang-undang dan enakmen-enakmen yang digunakan dalam urus tadbir wakaf di negeri-negeri Malaysia. Kedua, menganalisis kandungan undang-undang dan enakmen wakaf yang digunakan dalam pengurusan wakaf di setiap negeri di Malaysia dalam mewujudkan keseragaman kaedah pengurusan harta wakaf. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Akhirnya, kajian ini mendapati undang-undang dan enakmen-enakmen berkaitan pengurusan wakaf perlu diseragamkan dengan satu rang undang-undang yang lebih efektif bagi memastikan pengurusan harta wakaf di Malaysia lebih efisien walaupun urus tadbir terpisah dan berbeza kerana mengikut pengurusan Majlis Agama Islam Negeri.



42
KAEDAH PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DAN KESANNYA DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Surita Hartini Mat Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pbangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195796877

Pembangunan harta wakaf terutamanya tanah di Malaysia telah memperlihatkan sedikit kemajuan. Pelaksanaan pelbagai kaedah telah sedikit sebanyak mengurangkan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui penjanaan dana dan penciptaan aset baru wakaf. Antara kaedah yang paling menampakkan kejayaan adalah kaedah pelaburan hartanah wakaf. Namun begitu, hanya sebahagian MAIN sahaja yang memperlihatkan kesungguhan dalam membangunkan harta wakaf menggunakan kaedah ini. Antara negeri yang agak ke depan dalam melaburkan hartanah wakaf adalah negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Kedah. Keadaan ini memperlihatkan Malaysia masih gagal membangunkan harta wakaf secara menyeluruh. Berlatar belakangkan senario inilah kajian ini di lakukan untuk mencapai dua matlamat. Pertama untuk mengenalpasti kaedah-kaedah pembangunan harta wakaf iaitu tanah yang telah dilaksanakan di Malaysia. Kedua, menganalisis kesan pelaksanaan kaedah tersebut terhadap kelestarian manfaat harta wakaf. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan melalui kajian-kajian lepas, majalah, surat khabar dan sebagainya. Analisis data pula menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian ini membuktikan terdapat pelbagai kaedah yang telah dilaksanakan di Malaysia dalam usaha membangunkan harta wakaf di Malaysia yang memberi kesan positif dan negatif terhadap manfaat harta wakaf. Dalam pada itu, kajian ini juga akan merumuskan kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menjamin kelestarian manfaat harta wakaf.

Kata Kunci: kaedah pembangunan, hartanah wakaf



43
PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA MUALAF OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA
Nur Fara Hana Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Golongan mualaf merupakan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti skim-skim bantuan zakat yang disediakan oleh institusi zakat di Malaysia kepada mualaf. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis skim-skim yang disediakan termasuk isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan skim tersebut melalui kajian kepustakaan. Terdapat banyak skim bantuan zakat yang disediakan oleh Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri sama ada secara umum atau terperinci. Skim-skim tersebut memfokuskan kepada bantuan sosial, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan dakwah. Isu utama berkaitan perlaksanaa skim ini adalah kurangnya pengetahuan mualaf terhadap skim-skim yang disediakan disebabkan oleh penyampaian maklumat yang kurang berkesan. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu institusi zakat dalam memantapkan pengurusan agihan zakat kepada mualaf dan penyampaian maklumat tentang skim bantuan yang lebih efektif dan berkesan sebagai wadah terbaik untuk membuktikan kesempurnaan pengagihan zakat berdasarkan syariat Islam.

Kata kunci: Mualaf, Skim, Bantuan, Zakat


44
POLITIK PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL PULAU PINANG

Intan Nursyuhada Muhamad Nasir
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Emel: intan_nursyuhada@yahoo.com

Pulau Pinang merupakan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) dan diketuai oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan juga Penasihat Penang International Halal Hub (PIHH). Industri Halal Pulau Pinang dilihat semakin berkembang dari peringkat nasional sehingga ke peringkat antarabangsa. Walaupun peratusan bangsa Cina tinggi berbanding bangsa Melayu, namun pembangunan hab halal antarabangsa di Pulau Pinang adalah yang termaju berdasarkan kepada permintaan pengguna global yang semakin meningkat (DagangHalal.com, t.t.). Walaupun begitu, masih terdapat pelbagai isu halal di Pulau Pinang seperti penipuan sijil dan logo halal, premis pengendalian makanan yang kotor dan tiada pengesahan halal. Oleh yang demikian, adakah pembangunan industri halal Pulau Pinang berkait rapat dengan politik? Apakah peranan politik dalam membangunkan industri halal Pulau Pinang? Daripada persoalan-persoalan tersebut, maka kertas kerja ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis politik pembangunan industri halal di Pulau Pinang. Bagi mencapai objektif tersebut, maka ia dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Hasilnya, politik didapati mampu mempengaruhi pembangunan industri halal di Pulau Pinang dalam menentukan sama ada terus membangun atau sebaliknya. Kehendak politik (political will), latar belakang kepimpinan, dan hubungan kerjasama pada peringkat nasional dan antarabangsa didapati menjadi pendorong penting dalam pembangunan industri halal Pulau Pinang.

Kata kunci: Politik, Pembangunan, Industri Halal, Pulau Pinang



45
KAJIAN HUBUNGAN PROMOSI TERHADAP PEMILIHAN PRODUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH (MM)

Nor Hatizal Amarul Shah
Email: 
hatizal74@yahoo.com.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0166769051

Di Malaysia, konsep pembiayaan perumahan MM telah mula ditawarkan bermula pada tahun 2005.  Namun begitu perkembangan produk pembiayaan perumahan MM agak lambat dari tahun 2005 hingga 2014 berbanding dengan produk lain seperti produk pembiayaan perumahan Bai Bithamin Ajil (BBA). Isunya, adakah kelambatan ini disebabkan masyarakat masih tidak mengetahui mengenai kewujudan produk pembiayaan perumahan MM ini? Adakah kurang pengetahuan masyarakat disebabkan oleh kurangnya promosi MM dari pihak bank? Pihak bank pula tidak berminat untuk menawarkan produk MM sebagai produk pembiayaan perumahan yang utama manakala kurangnya promosi MM dari pihak bank merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti  mempengaruhi kelambatan perkembangan produk pembiayaan perumahan MM berbanding dengan produk pembiayaan lain.  Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan promosi dengan pemilihan produk pembiayaan perumahan MM. Kajian tertumpu kepada responden yang dipilih dalam kalangan pelanggan produk pembiayaan perumahan MM di Pulau Pinang. Objektif kajian pertama adalah mengenal pasti elemen-elemen promosi iaitu elemen peribadi dan elemen bukan peribadi. Objektif kajian kedua adalah menganalisis hubungan elemen-elemen promosi terhadap pemilihan produk pembiayaan perumahan MM manakala objektif kajian ketiga merumuskan hasil dapatan kajian. Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk min.  Kesimpulannya, terdapat hubungan yang kuat antara elemen-elemen promosi dengan pemilihan produk pembiayaan perumahan MM

Kata Kunci: Musyarakah Mutanaqisah (MM), Promosi



46
ISU-ISU DISEBALIK PENUBUHAN PERBANKAN SYARI’AH DI INDONESIA:
SATU TINJAUAN SEJARAH

Mutiara Dwi Sari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang. Emel: mutiara_dwisari@yahoo.com;    
Tahap pengajian: Ijazah Doktor Falsafah

Indonesia adalah negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah penduduk sekitar 237 juta jiwa. Daripada jumlah tersebut  87 peratus atau sekitar 204 juta jiwa adalah Muslim dan menjadikan Indonesia sebagai negara berpenduduk Muslim terbesar di dunia. Meskipun demikian Indonesia bukanlah sebuah negara Islam tetapi negara yang mempunyai ideologi Pancasila dan secara asasnya menunjukkan ciri sebuah negara sekular dengan sistem kewangan negara yang sepenuhnya kapitalis. Oleh itu penubuhan perbankan syari’ah di negara ini memerlukan perjuangan yang berat dan penubuhannya dikatakan agak terlambat berbanding negara dengan majoriti penduduk Muslim lainnya. Apakah yang menyebabkan terlambatnya penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia? Apakah yang menjadi isu dan masalah-masalah disebalik penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia? Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan masalah disebalik penubuhan perbankan syari’ah dan bagaimanakah isu tersebut diselesaikan sehingga perbankan syari’ah berjaya ditubuhkan. Sejarah perjuangan penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia, siapakah dan kumpulan manakah yang berperanan penting dalam usaha menubuhkan perbankan syari’ah di Indonesia juga akan dikemukakan. Kajian ini merupakan kajian arkib sejarah dengan data sekunder yang dianalisis dengan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa isu politik, tiada sokongan kerajaan, isu undang-undang, masalah sosial masyarakat, masalah ekonomi (kurangnya modal) dan perdebatan dalam kalangan ulama tentang hukum halal-haramnya faedah bank konvensional merupakan isu dan masalah yang melambatkan penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia. Penubuhan perbankan syari’ah di Indonesia merupakan sebuah perjuangan yang panjang dan dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, dimulai pada tahun 1930-an iaitu fasa bermulanya pemikiran tentang penubuhan bank Syari’ah . Fasa kedua bermula pada tahun 1980-an iaitu fasa para  ulama dan cendekiawan Muslim Indonesia kembali mengemukakan pemikiran tentang penubuhan perbankan syari’ah. Fasa ketiga yakni dikatakan satu fasa yang berlaku pada tahun 1990 an - 2000 merupakan fasa awal penubuhan dan pematangan konsep perbankan syari’ah di Indonesia. Pada masa inilah bank syari’ah di Indonesia pertama iaitu Bank Muamalat Indonesia (BMI) berdiri dan menjadi trademark bagi kebangkitan ekonomi Islam di Indonesia.

Kata Kunci: Indonesia, perbankan syari’ah, isu-isu dan sejarah



47
ACUAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: DARIPADA TASAWUR JAHILIAH KEPADA TASAWUR ISLAM

Mohd Haidzir Auzir
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6534603 (Pej.) 016-4066399 (HP) Faks: 04-6532124
E-mail: alyhyder@ymail.com

Dalam membentuk acuan pembangunan berteraskan Islam, ada sesetengah pihak mendakwa bahawa acuannya adalah gabungan antara falsafah dan teori-teori pembangunan lazim dengan prinsip syariat Islam. Acuan yang digunakan dalam membentuk pembangunan berteraskan Islam lebih kepada pendekatan akomodatif-modifikasi dengan sifat eklektisme-metodologik. Oleh itu, antara hujah yang sering dikemukakan untuk menguatkan dakwaan ini adalah terdapat beberapa amalan Jahiliah yang diterima dan diamalkan dalam Islam. Persoalannya, adakah acuan amalan Arab Jahiliah yang diterima pakai dan diamalkan dalam Islam itu benar-benar menyamai acuan amalan Arab Jahiliah tulen tanpa sebarang perubahan? Atau adakah ia hanya sekadar menyamai dari segi nama amalan itu sahaja, sedangkan tasawurnya sudah dirombak dan berbeza? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti amalan-amalan Arab Jahiliah yang telah diterima pakai dan diamalkan dalam Islam. Kedua, menganalisis tasawur amalan-amalan Jahiliah-Islam tersebut. Kajian kualitatif ini hanya mengunakan data sekundar iaitu kajian-kajian dan karya-karya tentang acuan pembangunan berteraskan Islam. Semua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya kertas kerja ini mendapati acuan pembangunan berteraskan Islam terbentuk dari tasawur Islam tulen tanpa ada sebarang percampuran dengan unsur-unsur lain. Justeru, hujah yang digunakan oleh golongan yang mengharuskan pendekatan akomodatif-modifikasi dengan sifat eklektisme-metodologik dalam menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan berteraskan Islam itu adalah tidak tepat.

Kata Kunci:  acuan, pembangunan, pembangunan berteraskan Islam, tasawur, Jahiliah, Jahiliah-Islam



48
MEMBINA ETIKA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BERASASKAN KONSEP HALAL TAYYIBAN

Rohida Ismail
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji konsep halal tayyiban sebagai mekanisma membina etika dalam pengurusan sumber manusia. Isu-isu seperti boncengan gratis ahli akademik, kenaikan pangkat dengan cara mengampu dan membodek, ketidakadilan dalam penilaian prestasi dan curi tulang ketika waktu kerja merupakan masalah berkaitan etika yang jelas dilarang dalam Islam. Bagi mengatasi masalah ini konsep halal tayyiban digunakan sebagai mekanisme membentuk etika dalam pengurusan sumber manusia. Kajian ini penting untuk dilakukan memandangkan halal tayyiban  merupakan satu bentuk pendekatan Islam yang sangat efektif dalam membentuk etika yang baik dalam pengurusan sumber manusia. Ia juga merupakan satu tindakan pembentukan amar makruf nahi munkar. Persoalannya, apakah mekanisma halal tayyiban? Bagaimana pendekatan konsep ini mampu membentuk etika yang baik dalam pengurusan sumber manusia? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kajian ini menfokuskan perbincangan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti konsep halal tayyiban. Kedua, menganalisis mekanisma halal tayyiban dalam membentuk etika pengurusan sumber manusia. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Semua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya kajian mendapati konsep halal tayyiban dalam pengurusan sumber manusia sebagai mekanisma membina etika mampu membendung masalah salah laku etika dalam pengurusan sumber manusia. Ia berlaku melalui pendidikan dalaman dengan menfokuskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT sebagai matlamat utama dalam merealisasikan pencapaian organisasi.

Kata Kunci: Etika, pengurusan, sumber manusia, konsep, halal tayyiban



49
GERAKAN DAKWAH ONLINE: ANALISIS LAMAN WEB ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Hanis Hazlinda Rozali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Gerakan dakwah merupakan satu usaha gerakan untuk membawa dan mengubah sesebuah masyarakat daripada belenggu kekufuran kepada keimanan, daripada kegelapan kepada petunjuk Allah SWT dan daripada kesempitan kepada kelapangan, sama ada di dunia dan di akhirat. Selari dengan perkembangan ICT, banyak gerakan dakwah di Malaysia seperti Anggatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil inisiatif untuk mengembangkan dakwah dengan menggunakan medium ICT dengan sebaiknya. Kewujudan laman-laman web gerakan dakwah ini dapat memudahkan kumpulan-kumpulan pendakwah untuk mengembangkan dakwah mereka kepada orang ramai. Persoalannya, adakah laman web gerakan-gerakan dakwah ini dapat memberi kebaikan dan menarik minat ramai orang untuk mendalami ilmu agama Islam? Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri laman web ABIM dan PAS. Seterusnya menganalisis dan merumuskan sama ada laman web ABIM dan PAS memenuhi ciri-ciri laman web yang ideal ataupun tidak.  Bagi mencapai objektif tersebut, kertas kerja ini menganalisis laman web ABIM dan PAS berdasarkan ciri-ciri laman web yang ideal ataupun tidak. Kajian ini hanya mengunakan data sekunder, iaitu berdasarkan kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan dengan dakwah secara online dan laman web ABIM dan PAS. Semua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akhirnya, kajian ini mendapati kedua-dua laman web ini menepati ciri-ciri laman web yang ideal iaitu beroperasi secara aktif, mudah diakses, kandungan dakwah yang menarik, sentiasa dikemaskini, tidak ada unsur elemen perniagaan dan iklan, bukan laman web yang berkaitan dengan politik, kandungan yang tidak memaksa keintelektualan dan laman web yang menarik minat orang ramai kepada Islam.

Kata kunci: Gerakan, dakwah, online, laman web



50
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MUZAKKI MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

Nur Farhana Mohd Yusoff
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang.

Kewajipan menunaikan zakat pendapatan dapat dilihat memberi kesan yang signifikan terhadap peningkatan jumlah kutipan zakat pendapatan di Kelantan. Zakat pendapatan di sini  merujuk kepada zakat yang dikenakan keatas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Di Kelantan, ia telah diwajibkan pada 16 Jun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Penfatwaan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada peningkatan jumlah kutipan zakat pendapatan di Kelantan. Misalnya, dari tahun 2001 sehingga tahun 2013, peratusan peningkatan pungutan zakat meningkat sebanyak 18.55% daripada 5.98%. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kepatuhan muzakki membayar zakat pendapatan di MAIK? Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kepatuhan pembayaran zakat pendapatan di MAIK. Kajian kualitatif ini menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada pengedaran soal selidik kepada responden, manakala data sekunder diperoleh daripada kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan kepatuhan membayar zakat pendapatan. Semua data ini dianalisis menggunakan analisis kandungan. Akhirnya kajian ini mendapati faktor yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat pendapatan di MAIK ialah faktor sikap iaitu semangat untuk membantu membangunkan negeri Kelantan.

Kata kunci: faktor, kepatuhan, membayar, zakat pendapatan, MAIK



51
ELEMEN-ELEMEN MATLAMAT AKHIR PEMBANGUNAN DALAM KITAB JAMI‘ Al-TIRMIDHIY

Kamarul Ariffin Ithnan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
Tel: +6043991119, +60174999074

Kertas kerja ini bertujuan mengkaji dan menganalisis elemen-elemen matlamat akhir pembangunan dalam hadith-hadith berdasarkan Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy. Terdapat perbezaan antara elemen-elemen matlamat akhir pembangunan lazim (PL) dan pembangunan berteraskan Islam (PBI). Persoalannya, apakah elemen-elemen matlamat akhir pembangunan berdasarkan hadith dalam kitab Jami‘ al-Tirmidhiy? Apakah hadith-hadith yang menjelaskan tentang elemen-elemen PBI? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti hadith-hadith yang berkaitan elemen-elemen matlamat akhir pembangunan berdasarkan Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy. Kedua; menganalisis dan membina matlamat akhir pembangunan berdasarkan hadith-hadith dalam kitab Jami‘ al-Tirmidhiy yang dikenal pasti itu. Keputusan kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan ini  mendapati wujud tiga elemen matlamat akhir PBI yang dibina berdasarkan hadith-hadith dalam Kitab Jami‘ al-Tirmidhiy iaitu berpaksikan tauhid, berlandaskan syariat dan berakhlak mulia.

Kata Kunci: Elemen, Matlamat Akhir, Pembangunan, Pembangunan Berteraskan Islam



52
KAEDAH PENGAJARAN DARI HATI KE HATI BERDASARKAN KITAB TANWIR AL-QULUB KARYA MUHAMMAD AMIN AL-KURDIY

Ahmad Kamal Abdul Shukor
Pelajar Ijazah Doktor Falsafah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan kitab Tanwir al-Qulub karya Muhammad Amin Al-Kurdiy. Kitab ini merupakan kitab yang banyak membincangkan kaedah pengajaran dari hati ke hati serta menjadi kitab asas dalam ilmu Tasauf. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kaedah pengajaran dari hati ke hati yang terdapat dalam kitab Tanwir al-Qulub? Bagaimanakah kaedah-kaedah tersebut dinyatakan? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, perbincangan kertas kerja ini tertumpu kepada dua bahagian utama. Pertama, mengenal pasti kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan kitab Tanwir al-Qulub;  dan kedua, menganalisis dan merumuskan bentuk-bentuk kaedah pengajaran dari hati ke hati berdasarkan kitab Tanwirul Qulub. Kajian kualitatif ini hanya menggunakan data sekunder iaitu kitab Tanwirul Qulub dan bahan-bahan penulisan lain yang berkaitan. Akhirnya kajian ini mendapati kaedah pengajaran dari hati ke hati adalah asas kepada semua kaedah pengajaran yang ada kerana amat memberi penekanan kepada persediaan hati dalam kalangan pengajar dan pelajar. Selain itu kaedah pengajaran ini amat berkesan kerana memberi lebih penekanan kepada amalan hati seperti keikhlasan, sabar dan teliti sebelum dan semasa proses pengajaran itu berlaku.

Kata kunci: kaedah, pengajaran, hati 



53
IMPLIKASI SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM (MBI) TERHADAP PEMBANGUNAN ISLAM NEGERI KELANTAN: DARI TAHUN 2005-2014

Mohd Syahmi Mohd Miswan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
E-mail: syamieswan@hotmail.com

Membangun Bersama Islam (MBI) merupakan slogan yang digunakan di Negeri Kelantan. Slogan ini mula diperkenalkan setelah Parti Islam SeMalaysia (PAS) memerintah Negeri Kelantan. Slogan ini sesuai dengan peranan PAS sebagai sebuah gerakan politik Islam yang bergerak secara berkumpulan dan tersusun untuk memartabatkan Islam dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara (Yusuf al-Qardhawi, 1992). Selama pemerintahannya dari tahun 2005 sehinga 2014, apakah implikasi slogan MBI yang diperkenalkan PAS di Kelantan terhadap pembangunan Islam? Apakah ianya benar-benar terlaksana berpandukan slogan MBI tersebut, atau pun tidak berlaku? Apakah MBI yang dimaksudkan hanya melibatkan pembangunan rohani dengan mengabaikan pembangunan fizikal? Adakah PAS menggunakan konsep pembangunan berteraskan Islam atau berteraskan konvensional untuk membangunkan Negeri Kelantan? Daripada persoalan-persoalan tersebut, tumpuan dalam kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti implikasi daripada slogan MBI terhadap pembangunan Islam di Kelantan dari tahun 2005 sehingga tahun 2014. Penelitian ini dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Analisis kandungan juga digunakan untuk menganalisis data-data tersebut. Hasilnya, terdapat tiga implikasi MBI. Pertama, dari segi spiritual. MBI menerapkan pembangunan insan yang produktif, berilmu, dan bertaqwa di setiap peringkat. Kedua, dari segi mental. MBI mengislamisasikan pentadbiran kerajaan negeri dengan merubah tasawur pelaku pentadbiran. Ketiga, dari segi fizikal. Diwujudkan pembangunan ekonomi dari aspek pertanian, perhutanan, pembuatan, perkhidmatan, dan pelancongan. Semua ini dilakukan dengan berpaksikan tauhid dan mengelakkan perkara-perkara syirik dan melangar perintah Allah SWT.

Kata Kunci: Implikasi, Membangun Bersama Islam, Pembangunan Islam, Kelantan



54
KAEDAH RAWATAN SIHIR TAFRIQ DI PUSAT-PUSAT RAWATAN ISLAM: KAJIAN DARI PERSPEKTIF HADITH

Mohd Suhaimi Rozali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
e-mel: 
mohdsuhaimitobibi@gmail.com

Perubatan berteraskan Islam tidak terlepas daripada menerima pelbagai dakwaan dan tohmahan. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian kaedah rawatan yang diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam. Aspek yang sering mendapat perhatian dan kritikan adalah kaedah dan teknik rawatan yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam. Antaranya kaedah scanning, kaedah rawatan jarak jauh, kaedah jampi, kaedah pukulan, kaedah minum dan mandi air jampi. Kaedah-kaedah tersebut dijalankan bagi mengubati pesakit yang mendakwa dirinya disihir. Persoalannya, apakah kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW? Apakah kaedah rawatan sihir tafriq yang diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia pada ketika ini menepati kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW? Berdasarkan permasalahan inilah, kertas kerja ini ditulis bagi mencapai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW; kedua, menganalisis kaedah rawatan sihir tafriq yang diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam berdasarkan kaedah rawatan sihir tafriq yang terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW. Hasilnya, kertas kerja ini mendapati terdapat beberapa kaedah sahaja yang diamalkaan di pusat-pusat rawatan Islam menepati Hadith Rasulullah SAW dalam perubatan berteraskan Islam. Antaranya seperti kaedah mengenal pasti tempat barang sihir yang disembunyikan, kaedah menanam bahan sihir dan kaedah memberi minum air ruqyah.

Kata kunci: Kaedah, Rawatan, Sihir Tafriq



55
IMPLIKASI DAN CABARAN TAHALUF SIYASI PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DI PULAU PINANG SELEPAS PAS MEMBATALKAN TAHALUF SIYASINYA DENGAN DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP)

Afnan Hamimi Taib Azamudden
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
afnanhamimipewaris@gmail.com

Tahaluf Siyasi (TS) adalah strategi yang digunakan oleh PAS sebagai satu kaedah kerjasama dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri dan berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya. TS di sini bermaksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Antara hasil hubungan TS PAS bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah PAS di Pulau Pinang dapat merasai bersama-sama DAP dan PKR memerintah negeri Pulau Pinang. PAS di Pulau Pinang diberi 13  jawatan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun begitu, Majlis Syura Ulama (MSU) PAS telah mengisytiharkan hubungan TS PAS dengan DAP dibatalkan kerana DAP melanggar syarat-syarat TS yang ditetapkan oleh PAS.  Sehubungan itu, DAP menyatakan bahawa kerjasamanya bersama PAS dalam PR telah berakhir. Namun, PAS tetap meneruskan hubungan TS dengan PKR. PAS juga menyatakan bahawa PR masih lagi wujud selagi mana adanya kerjasama TS antara PAS dengan PKR. Keadaan ini menggugat PAS di Pulau Pinang disebabkan PAS adalah parti minoriti berbanding DAP dan PKR yang menjadi parti majoriti. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki PAS hanya 1 sahaja berbanding 19 kerusi DUN yang dimiliki DAP dan 10 kerusi yang dimiliki PKR. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis implikasi dan cabaran TS PAS di Pulau Pinang setelah PAS membatalkan hubungan TSnya dengan DAP. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan, didapati implikasi TS PAS di Pulau Pinang melibatkan tiga aspek. Pertama, politik; kedua, pentadbiran kerajaan negeri; dan ketiga, dakwah.

Kata kunci: Implikasi, Cabaran Tahaluf Siyasi, Tahaluf Siyasi PAS, PAS Pulau Pinang



56
HIJAU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF ISLAM

Hayati Saleh
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Pada masa kini banyak perbincangan berkaitan dengan isu-isu kelestarian yang merangkumi alam sekitar, sosial dan ekonomi. Perbincangannya sering pula dikaitkan dengan terma hijau yang merentasi pelbagai bidang. Mengapakah ‘hijau’ dipilih dalam mengambarkan isu-isu tersebut? Mengapakah tidak dipilih warna-warna yang lain? Dalam Islam, warna hijau sudah lama digunapakai. Malah, ‘hijau’ adalah warna yang mempunyai keistimewaannya. Warna hijau dapat dilihat pada simbol-simbol keislaman di seluruh dunia sama ada dalam sejarah mahupun masa kini. Pelbagai aspek kehidupan umat Islam dikaitkan dengan warna hijau termasuklah dalam pakaian dan serban, bendera dan peperangan, kubah dan lanskap, ganjaran dan kenikmatan di syurga. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti falsafah warna hijau dalam Islam dan bagaimana ia relevan pada masa kini terutamanya dalam konteks kelestarian. Seterusnya kertas kerja ini akan menganalisis falsafah warna hijau dalam perspektif Islam dan konteks masa kini. Dapatan daripada kertas kerja ini akan merumuskan falsafah hijau dan membentuk garis panduan warna hijau dari perspektif Islam agar dapat diaplikasikan dalam konteks kelestarian. Bagi mencapai tujuan itu, kajian kepustakaan dan penelitian kandungan dilakukan. Kertas kerja ini menjangkakan terdapat penjelasan yang nyata dari aspek fizikal dan spiritual terhadap hijau dari perspektif Islam.

Kata kunci : hijau, Islam



57
PENDIDIKAN ETNIK ROHINGYA: AMALAN DI UNIROD, PULAU PINANG

Norazira Ali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.

Kertas kerja ini membincangkan tentang hak asasi golongan pelarian Rohingya di Malaysia dalam aspek pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap insan di dunia tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, warna kulit, taraf kewarganegaraan. Dalam Islam, pendidikan merupakan sebahagian hal yang dituntut dalam kehidupan beragama. Hak pendidikan ini juga sepatutnya diterima oleh pelarian yang tinggal di negara didiami mereka. Sehingga kini, Malaysia dibanjiri pelarian dari pelbagai negara termasuk etnik Rohingya daripada Arakan, Myanmar. Menyedari hak-hak pendidikan kanak-kanak etnik Rohingya yang dinafikan ekoran status mereka yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan sekolah khas yang membolehkan golongan tersebut mendapat pendidikan secara formal. Selain usaha-usaha oleh NGO tempatan memberi pendidikan terhadap pelarian etnik ini, masyarakat Rohingya sendiri juga telah berusaha untuk menubuhkan sekolah bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak mereka. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pendidikan kanak-kanak pelarian etnik Rohingya yang dibangunkan oleh NGO UNIROD di Pulau Pinang. Metodologi kajian menggunakan sumber primer dan sekunder, melalui kaedah temu bual separa bersturktur dan kajian kepustakaan. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kesimpulan awal mendapati kanak-kanak etnik Rohingya sedar akan kepentingan pendidikan dan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan walaupun mereka berhadapan dengan masalah status yang kabur dan tidak diiktiraf di Malaysia.  



58
POTENSI INSTITUSI PONDOK DALAM MEMBIAYAI PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI DI NEGERI KEDAH

Farahdina Fazial
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Negeri Kedah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah institusi pondok tertinggi selain daripada Kelantan dan Terengganu. Bermula pada tahun 2012, kerajaan Negeri Kedah memberikan bantuan kewangan kepada institusi pondok berdaftar. Selain itu, dalam bajet 2015 kerajaan persekutuan turut memperuntukan RM 25 juta bagi membantu perkembangan institusi pondok di Malaysia. Walaupun terdapat bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, sumber dana ini masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengurusan dan pentadbiran pondok. Oleh itu, kebanyakan sumber kewangan pondok masih bergantung kepada sumbangan masyarakat seperti zakat, wakaf, infaq dan sedekah terutamanya bagi pondok tidak berdaftar. Berbanding keempat-empat sumbangan kewangan tersebut, wakaf dilihat sebagai instrumen yang dapat membantu institusi pondok dalam membiayai pembangunan pondok. Perkara ini merujuk kepada pembiayaan institusi pendidikan pada zaman awal Islam yang berjaya dibangunkan melalui wakaf. Namun, tidak semua pondok berjaya membangun, menjana dan melestarikan kewangan pondok melalui wakaf kerana berdepan dengan pelbagai kekangan. Justeru, kajian ini mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, mengenal pasti sumber-sumber dana yang diterima oleh instutusi pondok di Negeri Kedah. Kedua, menganalisis potensi pembiayaan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Ketiga, merumuskan potensi institusi pondok dalam membangunkan wakaf lestari di Negeri Kedah. Analisis dilakukan dengan menggunakan data primer, data sekunder dan analisis kandungan sebagai alat menganalisis kajian ini. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok berupaya dalam memperkasakan sistem kewangan melalui sumber dana wakaf apabila diuruskan dan ditadbir dengan bersistematik bagi membiayai pembangunan lestari.

Kata Kunci: Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari



59
MEMBINA REKA BENTUK PENYELIDIKAN BERASASKAN PENDEKATAN TAFSIR AL-QUR’AN

Abdul Hanis Embong
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM)
11800 Minden, Pulau Pinang
Email: abdulhanismei@gmail.com / ahe14_soc048@student.usm.my
Tel: 09-6247084 / +6013-7395195

Kajian ini bertujuan meneliti dan mengkaji pendekatan tafsir al-Qur’an. Pendekatan tafsir dipercayai mempunyai satu gerak kerja tersusun seperti yang terdapat dalam sesebuah penyelidikan. Hal ini kerana pendekatan tafsir digunakan untuk menghuraikan serta menyelidiki ayat-ayat al-Qur’an secara sistematik, berhati-hati dan teliti. Maka, hakikatnya pendekatan tersebut boleh disesuaikan dan dipraktikkan dalam penyelidikan berkaitan Islam pada konteks masa kini. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian perpustakaan telah dijalankan untuk mendapatkan data-data berkaitan proses pendekatan tafsir al-Qur’an secara menyeluruh menerusi karya-karya klasik dan moden. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati pendekatan tafsir al-Qur’an terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendekatan tafsir bi al-ma’thur (tafsir secara perpindahan), tafsir bi al-ra’yi (tafsir dengan pendapat atau ijtihad) dan tafsir al-isyariy (tafsir secara isyarat). Ketiga-tiga pendekatan ini boleh diaplikasi dan digunakan sebagai satu reka bentuk dalam penyelidikan. Komponen-komponen yang terdapat pada setiap bahagian pendekatan tafsir kemudiannya dirumuskan menjadi satu kaedah penyelidikan yang berindentitikan Islam dan digunakan dalam penyelidikan.

Kata Kunci: pendekatan, tafsir, reka bentuk penyelidikan



60
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) DI MALAYSIA: KAJIAN KE ATAS MAHASISWA MUSLIM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Muhammad Hilmi Mat Johar
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
hilmihmj@gmail.com
Tel: 013402796 / 0146047765

Rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Ada sesetengah pihak yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan menyatakan bahawa pelaksanaan cukai ini akan membebankan lagi rakyat Malaysia. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat masih keliru dan kurang memahami apakah GST yang sebenarnya. Masyarakat sekeliling masih kurang maklumat mengenai GST apatah lagi golongan mahasiswa. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi, menganalisis dan merumuskan tahap persepsi mahasiswa Muslim USM terhadap pelaksanaan GST. Sampel kajian adalah seramai 30 orang mahasiswa Muslim yang terdiri daripada tahun dan pusat pengajian yang berbeza. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Dapatan menjangkakan kajian ini menunjukkan hampir 70 peratus responden faham tentang perancangan kerajaan untuk melaksanakan GST, namun mereka secara keseluruhan masih belum lagi bersedia. Persepsi mahasiswa dinilai dari beberapa aspek iaitu faktor intrinsik dan ekstrinsik dan analisis yang telah dilakukan akan diceritakan dalam kertas kajian ini. Dicadangkan pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang lebih dalam menyampaikan maklumat tentang keperluan Negara melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia.

Kata kunci: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Persepsi, Mahasiswa Muslim



61
PERANCANGAN STRATEGIK DALAM PENGURUSAN KUALITI DI INSTITUSI PENDIDIKAN DAN PENTADBIRAN BERTERASKAN ISLAM BRUNEI DARUSSALAM

Nurhidayah Marzuki@Yahaya
Email: 
dieya87@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0195971516

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis perancangan strategik dalam pengurusan kualiti di institusi pembangunan berteraskan Islam (IPBI) terpilih di Negara Brunei Darussalam (NBD). IPBI  merupakan institusi yang berusaha untuk memenuhi falsafah dan matlamat pembangunan berteraskan Islam dalam menguruskan organisasinya walaupun tidak secara menyeluruh. Untuk memenuhi tujuan kertas kerja ini, dua jenis IPBI telah terpilih untuk dianalisis iaitu institusi pentadbiran dan institusi pendidikan. Institusi-institusi terpilih ini dianalisis dengan memberi fokus kepada dua aspek utama dalam perancangan strategik iaitu pernyataan visi dan misi institusi tersebut. Melalui pernyataan visi dan misi ini, ia dapat menggambarkan falsafah dan bentuk pengurusan yang ingin dilaksanakan dalam institusi tersebut khususnya pengurusan kualiti. Persoalannya, adakah pernyataan visi dan misi yang ditetapkan telah memenuhi kriteria bagi sesebuah IPBI? Apakah ia selari dengan falsafah pembangunan berteraskan Islam? Apakah pernyataan visi dan misi yang dipamerkan sesuai untuk diguna pakai oleh sesebuah IPBI? Kertas kerja ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan tersebut. Pendekatan teoretikal dan emperikal menerusi kaedah analisis kandungan digunakan dengan melihat kepada tiga jenis kriteria iaitu matlamat akhir, sasaran dan pembangunan insaniah dalam setiap pernyataan visi dan misi institusi-institusi ini. Akhir sekali, kertas kerja ini diharap dapat mempamerkan sama ada pernyataan visi dan misi yang diguna pakai di IPBI terpilih di NBD ini selari dengan falsafah pembangunan berteraskan Islam atau sebaliknya.

Kata Kunci: Perancangan Strategik, Institusi Pembangunan Berteraskan Islam



62
AKAD PEMBIAYAAN MUDHARABAH DALAM MENENUHI NILAI KEADILAN DAN KEMANFAATAN (SUATU TINJAUAN ANALISIS KAJIAN)

Isnaini
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Kertas kerja ini ditulis untuk menganalisis akad pembiayaan mudharabah yang mempunyai nilai keadilan dan kemanfaatn yang di amalkan oleh bank SUMUT syariah di Medan Indonesia. Dalam amalannya perbankan SUMUT Syariah menggunapakai duel windows sistem. Hal ini menarik untuk dikaji, di antaranya pelaksanaan akad pembiayaan mudharabah dalam amalannya di bank SUMUT syariah menggunakan mekanisme perkongsian untung (revenue sharing). Hal ini sangat bertentangan dengan ciri khusus dan asas bagi operasional bank syariah iaitu asas bagi hasil (profit and loss sharing), sehingga tidak memberikan rasa keadilan dan kemanfaatan bagi para mudharib. Untuk menjawab penyelidikan ini, metode yang digunakan bersifat deskriptif analisis dengan metode pendekatan yang dilakukan adalah yuridis normatif dengan cara menganalisis data primer dan sekunder sehingga menghasilkan jawaban daripada permasalahan yang ada. Selanjutnya data yang diperoleh dari hasil penyelidikan, akan dianalisis secara kualitatif. Hasil yang dicapai daripada kajian ini adalah untuk menganalisis akad pembiayaan di bank SUMUT syariah yang mempunyai nilai keadilan dan kemanfaatan, sehingga dijangkakan boleh memperkasakan mudharib dalam penyediaan modal perniagaan dan penyempurnaan pembuatan akta pembiayaan mudharabah yang berkeadilan dan kemanfaatan sehingga ada kepeberpihakan kepada mudharib.

Kata Kunci : Akad Pembiayaan, Mudharabah, Keadilan dan Manfaat



63
POTENSI PENGGUNAAN DINAR EMAS (DE) SEBAGAI MAUQUF WAKAF

Che Khadijah Hamid
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Gelugor Pulau Pinang
Tel: 012-5846447

Pada hakikatnya, faktor kejatuhan Uthmaniah pada tahun 1924 telah membawa kesan kehancuran kepada keruntuhan yang cukup besar kepada institusi wakaf DE sehinggalah ke hari ini. Perkara ini digambarkan melalui perkembangan sejarah wakaf yang memperlihatkan DE sebagai mauquf wakaf yang sudah bermula daripada masyarakat Uthmaniah lagi, dimana pada ketika itu wakaf menggunakan DE dijadikan amalan. Hal ini kerana, sejak awal abab ke-15, DE dan perak sudah digunakan sebagai mekanisme untuk berwakaf. Diteliti juga, DE dan perak telah ditemui pertama kalinya di Erdine pada tahun 1423. Akhirnya pada tahun 1560, ia telah menjadi kaedah berwakaf yang paling dominan diseluruh wilayah Uthmaniah berbanding kaedah tradisional. Walau bagaimanapun, mauquf wakaf daripada DE terus terabai sehingga ke dunia moden kini. Oleh yang demikian, secara umumnya kertas kerja ini bertujuan meneliti potensi penggunaan DE sebagai mauquf wakaf. Secara khususnya terdapat dua objektif yang dikemukakan, pertama ialah mengenal pasti sejarah dan perkembangan DE dan keduanya menganalisis kepentingan DE sebagai mauquf wakaf. Kertas kerja ini menerapkan reka bentuk kajian penerokaan (exploratory) dan pengumpulan data diperoleh daripada kajian perpustakaan serta data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian dijangkakan memberi satu gambaran awal bahawa DE adalah salah satu mekanisme yang perlu diketengahkan semula pada zaman kini, terutamanya dalam wakaf tunai yang menggunakan wang fiat sebagai alatnya.

Kata Kunci: Wakaf Dinar Emas, Sejarah dan Perkembangan Dinar Emas, Kepentingan Dinar Emas sebagai Mauquf Wakaf.



64
LITERATUR PENILAIAN PRESTASI (PP) DALAM INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (IPBI)

Mastura Syamsudin
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0177114765

Kertas kerja ini bertujuan melihat kepada hasil-hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai penilaian prestasi dalam institusi pembangunan berteraskan Islam. Sehubungan itu, pengkaji akan melihat secara teliti meliputi kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia dan seterusnya pengkaji-pengkaji luar negara. Tujuan penelitian ini dilakukan adalah supaya kajian yang akan dilakukan ini tidak akan berlaku pertindihan dan kesamaan dalam kajian. Apabila penelitian ini telah dijalankan maka pengkaji akan dapat melihat lompang kajian yang masih belum dilakukan. Penelitian terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan akan dibuat dalam bentuk jadual untuk memudahkan para pembaca melihat apa yang telah dikaji. Justeru itu, kertas kerja ini secara tidak langsung akan membantu para pengkaji dalam bidang pengurusan penilaian prestasi khususnya meneliti kajian-kajian yang telah dilakukan.
Kata Kunci : Penelitian, Penilaian Prestasi, Institusi Pembangunan Berteraskan Islam



65
KAJIAN KAEDAH PENGURUSAN INSANIAH MENURUT AL-QUR’AN

Noor Aini Mohd Salleh
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan kajian bagi mengenalpasti dan mengenalisis kaedah pengurusan insaniah menurut al-Qur’an. Pengurusan insaniah penting dalam menentukan keberkesaan pentadbiran sesebuah institusi. Ekoran itu, kaedah pengurusan digunakan untuk melahirkan insan yang berjaya dan komited dengan kerja sehingga akhirnya dapat memenuhi matlamat institusi. Namun, walaupun pelbagai kaedah telah dilaksanakan, isu berkenaan insan masih lagi wujud terutamanya melibatkan penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya. Oleh itu, timbul persoalan, mengapakah keadaan seperti itu berlaku? Adakah kaedah pengurusan yang telah digunakan tidak berkesan mengurus insan dengan baik? Atau mungkin terdapat elemen-elemen yang tidak ditekankan dalam kaedah yang telah digunakan selama ini? Oleh itu, untuk menjawab persoalan yang timbul kaedah analisis kandungan digunakan. Kertas kerja ini berhasrat mengemukakan satu cadangan penyelidikan tentang perkara ini.



66
APLIKASI PROGRAM ULUL ALBAB DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Norhazriah Mohamed@Ismail
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM)
11800 Pulau Pinang

Program Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains)  dengan program aliran agama termaksuk tahfiz al-Quran di beberapa buah sekolah di Malaysia.  Program ini menekankan kaedah Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis sejauhmana program Ulul Albab telah berkembang dalam sistem pendidikan dan apakah sumbangan program ini di dalam sistem pendidikan Malaysia. Untuk tujuan tersebut, kertas kerja ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Data dikumpul melalui tinjauan kepustakaan. Manakala analisisnya menggunakan analisis kandungan.

Kata Kunci: Program Ulul Albab, Sistem Pendidikan



67
PENGURUSAN KUALITI HALALAN TOYYIBAN: SATU KONSEP PENGURUSAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Norazilawati Md Dahlal
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
E-mel: norazilawatimddahlal@gmail.com

Lazimnya, pengurusan kualiti halalan toyyiban merujuk kepada pengurusan kualiti produk makanan yang menepati peraturan dan panduan syariat Islam. Pelaksanaan pengurusan kualiti halalan toyyiban juga merupakan mekanisme dalam pelaksanaan pengurusan pembangunan berteraskan Islam khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, timbul persoalan apakah elemen-elemen pengurusan halalan toyyiban yang menjadikan ia sebagai manifestasi kepada pelaksanaan pembangunan berteraskan Islam? Kertas kerja ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti elemen-elemen pengurusan kualiti halalan toyyiban. Kedua, menganalisis elemen-elemen pengurusan kualiti halalan toyyiban daripada perspektif pengurusan pembangunan berteraskan Islam. Ketiga, merumuskan konsep pengurusan kualiti halalan toyyiban berdasarkan pengurusan pembangunan berteraskan Islam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas data-data yang diperoleh daripada kajian-kajian dan penulisan-penulisan terdahulu yang berkaitan dengan pengurusan kualiti makanan halal. Akhir sekali, kertas kerja ini dijangkakan dapat menghuraikan satu konsep pengurusan halalan toyyiban yang bukan sahaja menepati peraturan dan panduan syariat. Konsep pengurusan halalan toyyiban ini meliputi konsep pengurusan yang lebih holistik, bersepadu dan komprehensif.

Kata Kunci: Halalan toyyiban, pengurusan kualiti makanan, konsep pengurusan, pengurusan pembangunan berteraskan Islam



68
ANALISIS PANDANGAN PAKAR TENTANG RIWAYAT HIDUP DAN ALIRAN PEMIKIRAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI (1921-1986)

Dr. Ahmad Sabri Osman
Akademi Pengajian Islam kontemporari
UiTM Perlis
Tel: 019-3757063

Tulisan ini adalah usaha eksploratif untuk menganalisis riwayat hidup dan aliran pemikiran Ismail Raji al-Faruqi (1921-1986). Beliau merupakan antara tokoh pemikir Islam kontemporari yang telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada perkembangan pendidikan Islam di Amerika Utara khususnya dan Dunia Islam amnya. Sumbangan Ismail Raji al-Faruqi terutamanya dalam mengasaskan institut pengajian Islam di Universiti Temple, Amerika Syarikat telah mendorong kemasukan pelajar Islam dari pelbagai negara ke Amerika Utara. Beliau juga telah melaksanakan tugas-tugas dakwah menurut cara beliau yang tersendiri. Sumbangan beliau ini telah diiktiraf dan dihargai oleh pelbagai pihak. Dalam mendapatkan data, metode kepustakaan dan temu bual (separa struktur) digunakan manakala metode deduktif dan komparatif digunakan dalam menganalisis data. Lima orang pakar diambil sebagai responden kajian. Kajian mendapati bahawa pandangan kelima-lima pakar tentang riwayat hidup dan aliran pemikiran al-Faruqi adalah selari antara satu sama lain di mana pemikiran beliau adalah selaras dengan jumhur ulama Islam.

Kata Kunci: Riwayat hidup, aliran pemikiran, Ismail Raji al-Faruqi



69
PENEROKAAN KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK INSTITUSI ISLAM: ANALISIS KHUSUS KE ATAS VISI DAN MISI

Farah Farhana Johari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang

Kebiasaannya, setiap institusi pasti akan menyatakan matlamat pembangunannya sesuai dengan pengoperasian yang ingin ditawarkan termasuklah institusi Islam. Matlamat ini pula sering digambarkan melalui pernyataan visi dan misi. Pernyataan visi dan misi realitinya merupakan salah satu elemen dalam pengurusan strategik. Tidak dapat dinafikan tentang kepentingan pengurusan strategik dalam memudahkan pengurusan institusi. Namun, persoalannya bagaimanakah pembinaan pernyataan visi dan misi dalam pengurusan strategik? Apakah analisis yang diguna pakai untuk menghasilkan pernyataan ini? Adakah ia memenuhi asas-asas Islam yang sepatutnya? Bagi menjawab persoalan tersebut, kertas kerja ini meneroka kajian-kajian lepas tentang konsep pengurusan strategik di institusi. Kemudian, penelitian juga dibuat terhadap asas pembangunan Islam dalam institusi Islam. Atas dasar tersebut, kertas kerja ini melakukan analisis kandungan ke atas data sekunder yang diperolehi. Hasil dapatan mempamerkan bahawa pernyataan visi dan misi terhasil daripada analisis SWOT yang dikembangkan daripada konsep pengurusan strategik lazim. Selain itu, kertas kerja ini turut mencadangkan kajian pada masa hadapan.

Kata Kunci: Pengurusan Strategik, Institusi Islam, Visi, Misi



70
IMPLIKASI POLEMIK KERAJAAN PERPADUAN DALAM PARTI ISLAM Se-MALAYSIA (PAS)

Wafdi Auni Mohamed
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 012-4351939

Konsep kerajaan perpaduan telah dikemukakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 2009. Cadangan tersebut merujuk kepada perkongsian kuasa antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) di bawah satu pemerintahan. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang perpecahan hasil dari suasana politik yang semakin tegang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Namun, cadangan ini telah mengundang polemik terutama dalam kalangan parti politik PAS itu sendiri. Polemik ini berdasarkan percanggahan pandangan yang disebabkan perbezaan ideologi, pengaruh luaran seperti anwarinas dan sejarah pendidikan dalam kalangan pimpinan PAS. Percanggahan tersebut telah mewujudkan dua kelompok iaitu; pertama, kelompok yang mahukan kerajaan perpaduan; dan kedua, kelompok yang menolak kerajaan perpaduan. Kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti implikasi polemik kerajaan perpaduan dalam PAS. Bagi mencapai objektif kertas kerja ini, ia dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, terdapat tiga implikasi polemik kerajaan perpaduan dalam kalangan PAS. Pertama, berlakunya perpecahan dalam organisasi PAS; kedua, mewujudkan banyak kelompok seperti PASMA, Islam Progresif dan sebagainya; dan ketiga, tiada keselarasan dari sudut sistem pentarbiyahan.

Kata Kunci: Implikasi, Polemik, Konsep Kerajaan Perpaduan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS)



71
REBAT CUKAI ZAKAT PENDAPATAN: KEBERKATAN DALAM KEPATUHAN BERZAKAT

Khairul Bariyah Othman
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
kbariyah_risdev14@yahoo.com

Islam adalah agama yang sempurna meliputi pelbagai aspek kehidupan merangkumi ekonomi, kewangan, sosial dan politik. Dalam menangani pelbagai masalah seperti kelembapan ekonomi, kemiskinan dan inflasi, sistem pengurusan kewangan Islam khususnya zakat dilihat sebagai alat agihan pendapatan yang adil dan berperanan sebagai pemangkin kestabilan ekonomi negara. Bagi meningkatkan sumber dana zakat negara, insentif pelepasan rebat cukai zakat pendapatan telah diberikan kepada individu Muslim yang menunaikan kewajipan zakat pendapatan. Namun, insentif ini perlu dilihat dalam konteks Islam yang sebenar agar kepatuhan berzakat memperolehi keberkatan dalam perlaksanaannya. Kertas kerja ini akan mengupas perlaksanaan rebat cukai zakat pendapatan di Malaysia dan perkaitan perlaksanaannya dengan keberkatan dalam kepatuhan berzakat. Pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan berdasarkan data sekunder digunakan bagi mengemukakan asas-asas bagi mencapai objektif ini. Hasil penelitian ini kemudiannya disusun kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, membincangkan konsep rebat cukai pendapatan di Malaysia. Bahagian kedua, membincangkan konsep barakah dalam kepatuhan berzakat. Akhir sekali, kajian kualitatif ini akan merumuskan perkaitan antara rebat cukai zakat pendapatan dan keberkatannya agar amalan kepatuhan berzakat mencapai keredhaan Allah SWT.

Kata kunci: Rebat cukai zakat pendapatan, keberkatan



72
LATIHAN PENGURUSAN INSANIAH INTAN DARI PERSPEKTIF PENGURUSAN INSANIAH BERTERASKAN ISLAM SEBAGAI MEKANISME MENANGANI SALAHLAKU PENJAWAT AWAM

Siti Shafia Sub’rai@ Subrai
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Kertas kerja ini membincangkan  latihan pengurusan insaniah yang diberikan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dari persektif pengurusan berteraskan Islam. Latihan  pengurusan insaniah amat diperlukan untuk melahirkan pengurusan institusi yang lebih efisien. Latihan pengurusan insaniah juga berupaya menjadi suatu bentuk dakwah kepada kakitangan awam khususnya untuk sentiasa menjaga hubungannya dengan Pencipta, diikuti dengan hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan sumber alam dalam usaha  mengekang pelbagai masalah pengurusan. Dalam membincangkan latihan pengurusan insaniah dari perspektif pengurusan insaniah berteraskan Islam, kertas kerja ini berfokus kepada mengenal pasti konsep latihan pengurusan insaniah. Objektif seterusnya adalah menganalisis keselarian latihan pengurusan insaniah yang diberikan oleh INTAN dari perspektif pengurusan insaniah berteraskan Islam berdasarkan elemen-elemen yang telah digariskan. Semua maklumat berkaitan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kertas kerja ini diharap dapat mencadangkan latihan pengurusan insaniah sebagai mekanisme untuk menangani salahlaku penjawat awam daripada terus berlaku.

Kata kunci:  latihan, pengurusan, pengurusan insaniah, latihan pengurusan insaniah, INTAN dan mekanisme salahlaku penjawat awam



73
STRATEGI PENGEMBANGAN AKTIVITI EKSPORT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Zaharah Ghazali
Email: 
zaharahg@unisza.edu.my
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 0139014907

Kajian berkaitan aktiviti pengeksportan telah banyak dihasilkan dengan fokus diberikan kepada strategi untuk pengembangan. Bagi pengusaha Muslim, strategi untuk pengembangan memerlukan suatu konsep yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, kertas kerja ini meneroka konsep aktiviti pengeksportan yang menggariskan strategi untuk pengembangan menurut pandangan Islam. Berdasarkan kaedah analisis kandungan, sumber seperti Al-Quran, As-Sunnah, dan kombinasi karya-karya pemikiran daripada perspektif Islam dan lazim dijadikan bahan rujukan. Beberapa strategi penggalak kepada pengembangan prestasi eksport firma ditemui dengan aspek yang ditekankan adalah produk dan sumber kewangan yang halal selain strategi kompetitif pengusaha seperti proaktif, kepelbagaian pasaran, pemerolehan maklumat, dan kerjasama. Secara tidak langsung, elemen spiritual mendahului strategi kompetitif yang lain supaya aktiviti pengeksportan firma mendapat redha Allah SWT dan bukan mengejar keuntungan semata-mata. Kesimpulannya, pengeksportan dalam Islam mengutamakan perkara halal sebelum diteruskan aktiviti atau strategi yang lebih kompetitif sifatnya.

Kata Kunci: aktiviti eksport, strategi, perspektif Islam, halal



74
KERAKTERISTIK PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM KAJIAN BERDASARKAN LITERATUR

Fazleen Md Ali
Email Address:mynlyn_ali@yahoo.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kerakteristik pelaku pembangunan berteraskan Islam berdasarkan literatur. Pelaku pembangunan perlu mempunyai kerakteristik yang mantap dan menerapkan ciri-ciri islamik untuk menjadikan sesebuah pembangunan itu berjaya. Pembangunan yang dibangunkan juga perlu menerapkan nilai-nilai Islam yang tinggi supaya mendapat keredhaan daripada Allah. Pelaku pembangunan perlu faham karekteristik yang perlu dikuasai oleh mereka dalam membentuk sebuah pembangunan yang berteraskan Islam. Maklumat untuk kertas kerja ini adalah berdasarkan sumber-sumber sekunder yang diperoleh menerusi kaedah kepustakaan dan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan literatur yang sedia ada bagi memastikan terdapat perbincangan mengenai ciri-ciri kerakteristik pelaku pembangunan berteraskan Islam. Hasil penelitian menunjukkan terdapat perbincangan mengenai kerakteristik insan atau pelaku pembangunan di dalam literatur dan menjadi tanggungjawab pelaku pembangunan untuk menerapkan karekteristik tersebut sebagai elemen penting dalam membangunkan sesebuah pembangunan yang berteraskan Islam.

Kata Kunci: Kerakteristik Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam



75
PEMBANGUNAN HOTEL-HOTEL WAKAF DI MALAYSIA

Nur Inani Ismail
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800,
Pulau Pinang

Wakaf merupakan satu medium untuk insan mengeluarkan harta bagi tujuan ibadat. Di samping itu ia juga dapat membangunkan ekonomi umat Islam. Di Malaysia, pembangunan wakaf telah berkembang dengan pembinaan hotel-hotel wakaf. Walaupun hotel-hotel wakaf ini dibina atas nama wakaf, wujud persoalan  setakat mana pembangunan hotel wakaf itu benar-benar dapat memajukan ekonomi umat Islam? Adakah hotel wakaf ditadbir mengikut syariat Islam? Apakah matlamat daripada pembinaan hotel wakaf tersebut? Berapakah hotel-hotel wakaf yang telah dibina di Malaysia? Menerusi kertas kerja ini, dengan menggunakan kajian kepustakaan, penilaian terhadap pembangunan hotel-hotel wakaf ini dilakukan. Kertas kerja ini dijangka memberi tiga dapatan kajian. Pertama, hotel wakaf dapat membangunkan ekonomi negara. Kedua, hotel wakaf perlu dilaksanakan mengikut syariah Islam untuk mengekalkan konsep ibadah pada harta wakaf itu sendiri. Ketiga, empat hotel wakaf telah dibina di Malaysia.

Kata Kunci: Hotel Wakaf, Pembangunan Wakaf, Hotel, Wakaf



76
KUALITI PERKHIDMATAN: SUATU SOROTAN LITERATUR

Nurul Ain Zainul Abidin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang, Malaysia.

Perkhidmatan yang berkualiti adalah penting bagi sesebuah organisasi perkhidmatan. Ini kerana keadaan perkhidmatan yang berkualiti dapat meningkatkan daya saing dan prestasi yang cemerlang bagi sesebuah organisasi tersebut. Namun begitu, bagaimanakah yang dikatakan sesebuah perkhidmatan itu berkualiti? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi? Kertas kerja ini bertujuan meneliti kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi perkhidmatan. Bagi menjawab persoalan tersebut, dua perkara utama difokuskan dalam kertas kerja ini. Pertama, mengenal pasti maksud kualiti perkhidmatan. Kedua, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan. Bagi mendapatkan maklumat, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang berdasarkan kepada sorotan karya-karya terdahulu. Hasil penelitian ini dapat memberi kefahaman awal berkaitan kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi perkhidmatan.



77
FAKTOR-FAKTOR KEPERLUAN PENGURUSAN INSANIAH BERKUALITI BERTERASKAN ISLAM BERDASARKAN SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11

Nik Nur Syuhada Nik Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
niknursyuhada@yahoo.com

Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk menganalisis faktor-faktor keperluan pengurusan insaniah berkualiti berteraskan Islam berdasarkan surah al-Mukminun dari ayat 1 hingga 11 dalam menggerakkan pengurusan di institusi Islam. Surah al-Mukminun dipilih untuk dianalisis daripada 114 buah surah yang lain kerana surah tersebut menggambarkan ciri-ciri pengurusan insaniah berkualiti yang utama untuk diterap oleh ahli-ahli institusi. Faktor-faktor pengurusan insaniah berkualiti berdasarkan surah al-Mukminun penting untuk dianalisis bagi memperluaskan ilmu-ilmu pengurusan insaniah berteraskan Islam kerana pekerjaan yang melibatkan Muslim harus diuruskan dengan cara Islam untuk mendapatkan reda Allah SWT. Kertas kerja ini dikupas berdasarkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian yang diperolehi akan menjadi asas panduan kepada pengurusan insaniah berteraskan Islam terutamanya di institusi Islam.

Kata kunci: pengurusan, pengurusan insaniah, pengurusan insaniah berteraskan Islam, surah al-Mukminun, surah al-Mukminun ayat 1-11, institusi Islam



78
GAYA HIDUP ISLAM DARI PERSPEKTIF AD-DĪN AL-ISLAM

Fadzilah Akmal Ali
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-6534603 or 013-3463275 Faks: 04-6532124

Tujuan utama artikal ini adalah untuk membincangkan gaya hidup dari perspektif ad-dīn al-Islam atau agama Islam (Islamic religiosity). Ianya merangkumi elemen-elemen yang perlu untuk menjadi asas kepada pembentukan konsep baru gaya hidup Islam. Penetapan asas kepada gaya hidup Islam adalah merujuk secara total ke atas perbincangan falsafah ad-dīn al-Islam. Dalam Islam, ad- dīn atau agama telah banyak dibincangkan oleh penyelidik dan ilmuan Islam, sama ada dari perspektif Islam atau konvensional. Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul adalah samada kajian-kajian tersebut berkaitan dengan menerangkan dan mentafsir gaya hidup Islam berasaskan tunjang falsafah Islam yang sebenarnya? Sehubungan dengan itu, perbincangan artikel ini tertumpu kepada mengenal pasti dan menganalisis manuskrip dan kajian lepas yang relevan berkaitan dengan ad-din al-Islam dan gaya hidup dari sudut pemahaman falsafah Islam. Untuk tujuan ini, kertas kerja ini mengguna kaedah metodologi carian perpustakaan dan analisis kandungan. Tumpuan perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: (i) konsep ad-dīn al-Islam (religiosity) dan hubungannya dengan gaya hidup; (ii) asas falsafah gaya hidup Islam; dan (iii) pengertian gaya hidup Islam.

Kata kunci: gaya hidup Islam, ad-dīn al-Islam



79
PEMASARAN INSTITUSI MASJID BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KES INSTITUSI MASJID DI PULAU PINANG

Muhammad Zufar Marwah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Institusi masjid pada masa kini perlu untuk bersaing menjadi sebagai pusat atau jantung bagi kehidupan umat Islam dan masyarakat sekelilingnya dalam pelbagai perkara bersangkut paut tentang urusan umat Islam. Peranan itu bermula dari sebagai tempat beribadah, beriktikaf, mencari dan mendalami ilmu sehinggalah ke tempat menguruskan umat Islam seperti urusan perkahwinan, pengurusan jenazah dan sebagainya. Sewajarnya potensi peranan-peranan ini dipasarkan sebaiknya supaya masyarakat bukan sahaja tahu peranan ini malah turut bersama melibatkan diri bagi menjayakan peranan ini. Namun untuk memasarkan institusi masjid sebagai jantung di tengah-tengah kelompok masyarakat setempat bukan satu tugas yang mudah. Ia memerlukan gabungan kaedah pemasaran yang pelbagai untuk terus memastikan institusi ini sentiasa didekati masyarakat. Melihat perkembangan pesat teknologi abad ke-21 ini, dipercayai salah satu usaha untuk meningkatkan pemasaran masjid dapat dilakukan dengan memanfaatkan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi. Kertas kerja ini, bertujuan memperkenalkan satu kerangka kerja untuk menjelaskan aspek skop pemasaran institusi masjid pada masyarakat dan strategi pemasaran tersebut melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Secara khususnya, kerangka kerja pemasaran ini dibentuk dari pemerhatian mendalam dan temu bual mengenai perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh institusi masjid di Pulau Pinang. Penulisan kertas kerja ini diharap dapat mengembangkan lagi kaedah-kaedah yang sedia ada dalam menarik perhatian masyarakat untuk terus mendekati institusi masjid seterusnya menjadikan institusi masjid sebagai pusat kehidupan umat Islam.

Kata Kunci: Masjid; pemasaran; teknologi maklumat dan komunikasi



80
ANALISIS MODEL PROGRAM LATIHAN SEBAGAI ASAS LATIHAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN INSAN

Maizatul Mazwa Mazlan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Emel: maizatul85@yahoo.com

Dalam melahirkan program-program latihan dan pembangunan, model program latihan memainkan peranan utama dalam membentuk sesebuah program latihan. Model program latihan dapat menentukan kompenan-kompenan dan proses-proses yang terlibat dalam sesebuah program latihan yang dirancang. Model ini juga dapat menjelaskan hasil latihan yang akan diperolehi daripada program latihan yang akan dijalankan. Kertas kerja ini mengandungi dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti model program latihan yang sedia ada. Kedua, menganalisis model program latihan sebagai asas latihan dan pembangunan dalam pengurusan insan. Untuk tujuan tersebut, kertas kerja ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kajian kepustakaan. Manakala kaedah analisis pula adalah kaedah analisis kandungan ke atas sorotan kajian-kajian lepas dan sorotan karya-karya yang berkaitan.

Kata Kunci: Latihan, Pembangunan insan, pengurusan insan, model program latihan, model latihan



81
KESETIAAN PEKERJA PERBANKAN ISLAM DI BANDA ACEH, INDONESIA: ANALISIS KRITERIA KEBAJIKAN DI TEMPAT KERJA

Ridwan Nurdin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
Tel. 04-6534603 atau 01114466147; Fax: 04-6532124;

Kesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara ini disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga dapat dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi/syarikat. Oleh itu pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau tasawurnya. Pandangan lazim lebih menitikberatkan kepada akal semata-mata, maka dalam menilai sesuatu, sudut pandangan lazim menjadi pragmatik materialistik. Sedangkan pandangan Islam lebih menitikberatkan pada Al-Falah dan Mardhatillah (kebaikan duniawi-ukhrawi dan keredhaan Allah SWT). Persoalan yang dibahas pada kertas kerja ini ialah, pertama, apakah kesetiaan pekerja itu? Kedua, apakah kriteria kesetiaan pekerja Muslim itu? Ketiga, bagaimana hasil kajian yang telah dilaksanakan terhadap para pekerja perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia, utamanya tentang salah satu kriterianya iaitu kebajikan di tempat kerja? Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengemukakan kriteria kebaikan di tempat kerja sebagai salah satu kriteria kesetiaan pekerja Muslim dari perspektif Islam dengan merujuk kepada ayat-ayat yang terdapat dalam al-Qur’an dan Hadis dan menilai tahap kesetiaan pekerja perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan kriteria tersebut. Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis tekstual dan kaedah empirikal berbentuk kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Islam memberikan panduan yang jelas tentang kesetiaan pekerja terutama dalam hal kebajikan di tempat kerja. Sebuah kajian pun telah dijalankan dengan melibatkan sebanyak 277 responden pekerja perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia. Data dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan tahap kesetiaan pekerja muslim di perbankan  Islam di Banda Aceh berdasarkan kriteria kebajikan di tempat kerja adalah di tahap tinggi.

Kata Kunci: Kesetiaan Pekerja Muslim, Perspektif Islam, Kriteria Kebajikan di tempat kerja



82
TALENT DEVELOPMENT MODEL OF CAREER IN ISLAMIC BANKING INSTITUTIONS: TALENT, UNIVERSITY INFRASTRUCTURE, AND CURRICULUM ATTRIBUTES

Mohd Ikhwan Aziz
Email: 
wanpuma@gmail.com
Economics and Management Sciences
Universiti Sultan Zainal Abidin
Tel: 0179708330

Abstract Presently Malaysia Islamic banking brand name has spread all over the world, not only in banking practice but also on the talent development aspect. Many university and higher education institutions offered Islamic banking programme. Despite Malaysia have abundant graduates in the job market, yet, Malaysia Islamic banking faces a critical shortage of Islamic banking talent. Malaysia needs merely 200,000 finance professionals by the year 2020. To date, there are only 17,621 workforces in Islamic banks, constitute at 11% of the required by Bank Negara Malaysia. Why is it so? Is it on the not an appropriate of talent development practice for the Islamic banking undergraduates in their university? Therefore this paper attempt to propose specific talent development model for Malaysian Islamic banking graduates. To do so, a pilot study were conducted with a structured interview of the questionnaire. To be evaluated by a group Malaysian undergraduates on the talent development current practice in university.

Keyword Talent Development, Islamic Banking, Undergraduate, Malaysia



83
ANALISIS FUNGSI HOTEL ISLAMI PADA MASA KINI DARI PERSPEKTIF TASAWUR ISLAM

Nur Fadhliana Habibollah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 019-5291655

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis fungsi hotel Islami pada masa kini. Penerimaan yang baik dari kalangan pelancong Muslim terhadap hotel Islami meningkatkan pendapatan ekonomi negara sekali gus menggalakkan pengusaha-pengusaha hotel untuk membuka lebih banyak hotel berkonsepkan Islam. Namun, berdasarkan kajian lepas didapati bahawa terdapat dua jenis hotel Islami yang cuba diketengahkan iaitu hotel halal dan hotel patuh syariah. Persoalannya, adakah hotel Islami yang cuba diketengahkan ini benar-benar menepati falsafah Islam? Untuk menjawab persoalan ini, penelitian terhadap fungsi hotel Islami yang sebenar harus bertitik tolak dari akar umbi penubuhan hotel itu sendiri. Justeru, kertas kerja ini akan menganalisis fungsi hotel Islami pada masa kini dari perspektif tasawur Islam. Selanjutnya, topik ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kertas kerja ini diharap dapat mencadangkan penambahbaikan fungsi hotel Islami pada masa kini dari perspektif tasawur Islam.

Kata Kunci: Hotel Islami, fungsi hotel, tasawur Islam



84
STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) DALAM PENENTUAN AWAL BULAN-BULAN IBADAH DI MALAYSIA

Nabilah Abd Salam
Email: 
nabilahabdsalam@gmail.com
Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV)
University Sains Malaysia
Telephone/Mobile Number 0194262310

Di Malaysia, Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Agama Islam telah mengesah dan menetapkan kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah. Bulan-bulan ibadah yang di maksudkan adalah merangkumi Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Namun, sering kali juga timbul isu-isu berkenaan penentuan hari raya ini. Antaranya ialah pada tahun 2000 dan 2001, terdapat fahaman-fahaman yang tidak bersetuju dengan pengisytiharan rasmi Hari Raya Aidil Adha yang diisytiharkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Golongan ini juga telah bertindak mengikut pengisytiharan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi. Hal ini berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia terkeliru dan tidak mempunyai pengetahuan dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia? Persoalannya, siapakah yang terlibat dalam penentuan bulan-bulan ibadah ini? Apakah standard operasi piawai (SOP) yang diaplikasi? Justeru, kertas kerja ini ditulis bagi memenuhi dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti SOP penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia; kedua, menganalisis standard operasi piawai (SOP) dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia. Kajian ini menggunakan data sekunder dan dianalisis secara analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati, SOP yang diaplikasi dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia adalah bersesuaian dengan asas fatwa. SOP ini melibatkan empat orang wakil iaitu Mufti Negeri, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Negeri dan ahli falak. Ia dilakukan dengan sistematik dan bersesuaian dengan keadaan semasa Malaysia.

Kata Kunci: SOP, Penentuan bulan-bulan Ibadah, Rukyah, Hisab



85
KONSEP MODAL INSAN DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA-NEGARA MEMBANGUN

Norhafizah Abdul Halim
Email: 
eyzahalim@gmail.com
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Tel: 013-5362165

Indeks Pembangunan Manusia (HDI) pada tahun 2007 telah meletakkan kedudukan sesebuah negara sebagai negara maju, membangun ataupun mundur berdasarkan kepada tahap pembangunan insan di negara tersebut. Justeru itu, negara-negara membangun kini mula mengambil langkah implementasi konsep modal insan ke dalam dasar pembangunan negara untuk mencapai tahap pembangunan insan sebagaimana yang dikecapi oleh negara maju. Konsep modal insan juga dikatakan mampu menjadi pemangkin kepada tahap pembangunan insan serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kertas kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti asas falsafah dalam konsep modal insan yang diguna pakai oleh kebanyakan negara-negara membangun dan yang keduanya, membincangkan peranan penting konsep modal insan ini dalam menjana pembangunan sesebuah negara. Melalui kaedah kepustakaan dan analisis kandungan, hasil kajian mendapati bahawa implementasi konsep modal insan oleh kebanyakan negara-negara membangun adalah berasaskan tasawur Barat yang sarat dengan elemen-elemen material sebagai tunjang utama dalam pembentukan konsep tersebut.

Kata Kunci: Modal insan, pembangunan negara, negara-negara membangun



86
CABARAN DALAM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Nur ‘Arifah Mohd Nor
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) merupakan dokumen penting bagi rujukan dalam pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaupun dokumen penting tersebut menjadi panduan dalam pemantauan, namun masih terdapat cabaran yang terpaksa dihadapi oleh JAKIM dalam melaksanakan pemantauan tersebut. Timbulnya pelbagai isu mengenai keraguan terhadap pelbagai jenis bentuk logo halal dan kesahihannya telah menyebabkan pengguna terutama orang Islam kurang yakin dengan status halal produk yang berada di pasaran. Oleh itu, kertas kerja ini ditulis adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM. Persoalannya, adakah cabaran yang dihadapi oleh JAKIM bertitik tolak daripada kerjasama yang diberikan oleh sesebuah premis? Bagi menjawab persoalan tersebut, terdapat dua objektif yang telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM. Kedua pula adalah menganalisis cabaran yang terpaksa dihadapi JAKIM dalam pemantauan pensijilan halal tersebut. Dapatan yang diperoleh daripada analisis kandungan terhadap data-data sekunder membawa kepada rumusan bahawa pemantauan pensijilan halal yang dilaksanakan oleh JAKIM perlulah dipertingkatkan kecekapannya dalam pemantauan agar dapat mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap status sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Kata kunci: Pengurusan Pensijilan Halal, Pensijilan Halal, Halal



87
HUBUNGAN PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA SWASTA DENGAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG HOLISTIK

Shahrinizam Mohd Amin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia

Pembangunan Institusi Pendidikan Agama bermula secara informal.  Pelajaran yang diberikan pula mengkhusus kepada pengajian yang berkaitan dengan bacaan Al-Quran dan kitab-kitab agama yang bertujuan untuk melahirkan individu muslim yang beriman dan beramal kepada Allah s.w.t.  Kini Institusi Pendidikan Agama ini telah berkembang pesat dibangunkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.  Bahkan sejak kebelakangan ini Institusi Pendidikan Agama Swasta ini telah menjadi pilihan untuk ibu bapa menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian di institusi tersebut walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.  Adakah para ibu bapa telah tidak yakin untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian yang dijalankan oleh pihak kerajaan?  Ataupun terdapat dimensi tertentu pada Institusi pendidikan itu sendiri yang menyebabkan ibu bapa memilihnya. Oleh itu, objektif dalam kertas kerja ini melalui kajian perpustakaan akan membincangkan perkembangan institusi pendidikan agama di Malaysia hingga kini.  Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan faktor penentu pemilihan terhadap institusi pendidikan agama swasta dalam membangunkan modal insan yang holistik.  Adalah diharapkan kertas kerja ini akan memberi panduan kepada institusi pendidikaan swasta untuk memenuhi keperluan dan kehendak ibu bapa.

Kata kunci: Institusi Pendidikan Agama Swasta, modal insan, holistik



88
ANALISIS KAJIAN TERDAHULU BERKENAAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN INSAN

Abang Mohd. Razif Abang Muis
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti secara terperinci kajian-kajian yang berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam pengurusan insan. Penelitian ini dilaksanakan untuk melihat kajian yang dititikberatkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Latihan dan pembangunan merupakan antara aspek penting dalam meningkatkan prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi. Tanpa latihan dan pembangunan dalam menguruskan insan, impak yang negatif boleh melanda sesebuah organisasi. Hal ini disebabkan timbulnya masalah seperti pekerja tidak efisien, penyelewengan, salah laku dan rasuah yang berleluasa. Oleh yang sedemikian, persoalan yang timbul ialah, sejauh mana penekanan yang diberikan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu dalam meneliti aspek latihan dan pembangunan tersebut? Kertas kerja ini berhasrat untuk menjawab persoalan ini dengan meneliti kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Kata kunci: latihan dan pembangunan, pengurusan insan



89

KE ARAH PENGEMBANGAN MODEL BUDAYA ORGANISASI DARIPADA INSTITUSI PERNIAGAAN ISLAM

Azuar Juliandi
Calon PhD. Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia
dan Pensyarah Universitas Muhammadiyah
Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia

Islam merupakan jalan hidup sempurna yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah Muhammad SAW. Sebagai jalan hidup, maka segala sesuatu dalam kehidupan diatur oleh Islam melalui sumber utama yakni Al-Quran dan Hadis. Salah satu dalam kehidupan yang diatur oleh Islam adalah tentang ilmu pengetahuan baik di bidang ilmu alam mahupun ilmu sosial. Pengurusan sumber manusia adalah salah satu cabang ilmu sosial. Salah satu konsep yang dikaji dalam pengurusan sumber manusia ialah budaya organisasi. Budaya organisasi merupakan nilai-nilai yang dianuti oleh anggota organisasi dan menjadi ciri khas organisasi yang membezakan sesebuah organisasi dengan organisasi lainnya. Majoriti konsep organisasi yang dipelajari oleh para ahli akademik Islam bersumber dari Barat yang belum tentu sesuai dengan Islam. Setakat ini, dalam kajian yang penulis dapati, ada beberapa ahli akademik Islam sudah mengkaji budaya organisasi Islam, hanya saja masih terbatas mengkaji institusi Islam, sementara nilai-nilai budaya organisasi yang digunakan dalam kajian masih merujuk kepada konsep Barat. Oleh kerana itu, dalam kertas kerja ini penulis berupaya untuk merancang model budaya organisasi institusi Islam yang dirujuk kepada sumber-sumber Islam iaitu Al-Quran, Hadis dan pandangan ahli Akademik Islam.Unsur-unsur rancangan daripada model yang dibangun merangkumi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik daripada pembangunan budaya organisasi menurut pandangan Islam.

Kata Kunci: Islam, budaya, budaya organisasi Islam, institusi Islam, perniagaan Islam



90
PENGURUSAN KONFLIK KEPUAKAN DALAM POLITIK DARI PERSPEKTIF ISLAM

Roslan Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
E-mel: roslan.hassan@umw.com.my
Tel: +6035163 5000 ;  Faks: +6035512 6310

Konflik terhasil disebabkan perbezaan nilai, objektif dan keperluan seseorang atau pihak tertentu. Terdapat pelbagai kaedah dalam menangani konflik. Kaedah-kaedah ini terbahagi kepada dua perspektif. Pertama, perspektif konvensional; dan kedua, perspektif Islam. Bagi perspektif konvensional, misalnya terdapat lima Kaedah Pengurusan Konflik (KPK) yang dibangunkan oleh Thomas-Kilmann (1974). Pertama, bersaing; kedua, bertolak ansur; ketiga, mengelak; keempat berkolaborasi; dan kelima, akomodasi. Daripada pengalaman penggunaan kelima-lima kaedah ini didapati masih belum dapat menguruskan konflik khususnya menguruskan konflik kepuakan dalam politik. Untuk itu, kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti kaedah pengurusan konflik kepuakan dalam politik yang sesuai dari perspektif Islam pula. Untuk  mendapatkan itu, kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Hasilnya didapati bahawa terdapat empat KPK kepuakan dalam politik yang berasaskan perspektif Islam. Pertama, menekankan soal pembersihan hati; kedua, dengan kaedah musyawarah (mesyuarat); ketiga, ketaatan kepada pemimpin; dan keempat, mempunyai akhlak mahmudah (terpuji).

Kata kunci: Pengurusan Konflik, Konflik, Politik Islam, Perspektif Islam



91
KAEDAH PENYELIDIKAN AL-BIRUNI: ANALISIS TASAWUR DAN EPISTEMOLOGI

Nur Ilani Mat Nawi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis tasawur dan epistemologi kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Al-Biruni. Al-Biruni seorang Muslim telah menghasilkan kitab-kitab berkaitan masyarakat Hindu iaitu Kitab Al-Hind dan Kitab Al-Athar. Persoalannya, apakah tasawur dan epistemologi Al-Biruni dalam menghasilkan kitab tersebut? Adakah tasawur dan epistemologi beliau bertepatan dengan tasawur dan epistemologi Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kajian-kajian terdahulu disorot dan diteliti dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis ini dilakukan berdasarkan tiga komponen utama dalam kaedah penyelidikan iaitu reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis data. Kertas kerja ini mendapati kaedah penyelidikan Al-Biruni adalah menepati tasawur dan epistemologi Islam.

Kata kunci: kaedah penyelidikan, Kitab Al-Hind, Kitab Al-Athar, Al-Biruni, tasawur, epistemologi.



92
KAEDAH GENERALISASI BERDASARKAN ISTIQRA'

Umi Zulaika Abd Rashid
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 0136862510

Penyelidikan merupakan proses mencari pengetahuan baharu. Bagi tujuan itu terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. Antaranya induktif, deduktif, abduktif, dan retroduktif.. Dalam kaedah penyelidikan sosial kaedah penyelidikan induktif berfungsi membuat generalisasi. Berbeza dengan kaedah penyelidikan Islam yang menggunakan istiqra’. Istiqra’ ialah kaedah membuat generalisasi berdasarkan perkara-perkara khusus. Kaedah istiqra’ dan induktif mirip akan tetapi masing-masing mempunyai teknik yang tersendiri. Kaedah Induktif menggunakan teknik bawaqi berbeza dengan istiqra’ yang menggunakan teknik sabr wa taqsim. Al-Habannakah (1993) menyatakan teknik bawaqi mempunyai ruang untuk diragui dapatannya berbeza dengan teknik sabr wa taqsim. Persoalannya, apakah peringkat-peringkat (marhalah) istiqra’ bagi membuat generalisasi? Bagaimanakah teknik sabr wa taqsim mempengaruhi hasil generalisasi? Bagi menjawab persoalan ini, dua objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti peringkat-peringkat (marhalah) istiqra’. Kedua, menganalisis kaedah generalisasi berdasarkan istiqra’ dalam konteks kaedah penyelidikan Islam. kajian kepustakaan dijalankan dengan menggunakan analisis kandungan mendapati terdapat tiga peringkat (marhalah) istiqra’ iaitu penelitian dan percubaan (mulahazah wa tajribah), andaian (furudh), dan pengesahan andaian (tahqiq al-furudh). Kaedah generalisasi berdasarkan istiqra’ merupakan kaedah generalisasi yang berperingkat lagi tersusun. Ia turut berfungsi sebagai kaedah penghujahan dan sesuai sebagai strategi kajian dalam kaedah penyelidikan Islam.

Kata Kunci: Peringkat-Peringkat Istiqra’, Kaedah Generalisasi



93
FAKTOR EKSTRINSIK MEMPENGARUHI KEFAHAMAN TERHADAP PERBANKAN ISLAM (PI) DALAM KALANGAN PENGGUNA MUSLIM: TINJAUAN SOROTAN KARYA

Yusliamir Mohd Yusoff
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
Universiti Sains Malaysia
Emel: yusliamirmohdyusoff@yahoo.com

Kertas kerja ini mengkaji tentang kefahaman perbankan Islam dalam kalangan pengguna Muslim. Perbankan Islam merupakan sebuah institusi perbankan yang berlandaskan Syariah. Perbankan Islam mengamalkan sistem yang bebas daripada unsur riba dan berbeza sekali dengan perbankan konvensional yang jelas mengamalkan riba. Pengguna Muslim merupakan golongan yang bijak dalam membuat sesuatu pilihan termasuklah dalam aktiviti perbankan. Sebagai seorang pelanggan perbankan Islam pengguna Muslim juga turut terlibat secara langsung dalam aktiviti perbankan. Namun begitu, mengapakah masih terdapat pengguna Muslim terutamanya menggunakan perkhidmatan dan produk daripada perbankan konvensional? Adakah disebabkan kekurangan kefahaman terhadap perbankan Islam menyebabkan pengguna Muslim masih meletakkan perbankan konvensional sebagai pilihan yang tepat? Objektif kertas kerja ini ialah mengenal pasti kefahaman tentang perbankan Islam dalam kalangan pengguna Muslim. Selain itu, menganalisis tahap kefahaman pengguna Muslim dan merumuskannya. Kajian ini merupakan kajian deskriptif serta kaedah analisis data dilakukan dengan cara analisis data sekunder. Dapatan kajian ini terhadap kajian-kajian lepas yang telah dijalankan mendapati bahawa produk, servis, perkhidmatan yang efisien, pemasaran dan reputasi merupakan faktor ekstrinsik yang mempengaruhi tahap kefahaman terhadap perbankan Islam dalam kalangan pengguna Muslim. Kesimpulannya, institusi perbankan Islam perlulah memberi perhatian dalam meningkatkan kefahaman terhadap perbankan Islam terhadap masyarakat terutamanya orang Islam.

Kata kunci: Perbankan Islam, kefahaman, pengguna Muslim



94
KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI MASJID BAN NUA, THAILAND

Maznah Raheen
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang.
Email:maznahraheen@yahoo.com

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengurusan yang diguna pakai di institusi Masjid Ban Nua, Thailand dan menilai kesesuaian pemakaiannya ke atas pengurusan institusi pembangunan berteraskan Islam.  Masjid Ban Nua, Thailand bukan sahaja memainkan peranan  sebagai pusat ibadat tetapi juga berfungsi sebagai pusat pembangunan menyeluruh yang menjalankan pelbagai aktiviti yang berbentuk fizikal dan spiritual.  Melalui institusi masjid ini, ahli jawatankuasa masjid berjaya menguruskan institusi masjid secara efektif dan berkesan. Kajian perpustakaan dan penelitian kandungan dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap subjek yang dibincangkan. Hasilnya kaedah pengurusan institusi masjid Ban Nua, Thailand adalah berteraskan Islam.

Kata kunci: Kaedah, Pengurusan Institusi, Masjid Ban Nua Thailand